Mahkamah Singapura tolak rayuan hukuman gantung Nagaenthran


Mahkamah Singapura menolak rayuan terakhir Nagaenthran Dharmalingam yang dikenakan hukuman gantung walaupun mendapat kritikan antarabangsa.– Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 29 Mac, 2022.

MAHKAMAH tertinggi Singapura hari ini menolak rayuan terakhir seorang lelaki warga Malaysia yang cacat mental terhadap hukuman mati walaupun mendapat kritikan antarabangsa.

Cabaran terhadap keputusan terdahulu dalam kes Nagaenthran Dharmalingam dan cubaan untuk menangguhkan prosiding bagi penilaian psikiatri kedua-duanya ditolak, kata Ketua Hakim Sundaresh Menon di Mahkamah Rayuan.

Percubaan untuk mendapatkan penilaian lanjut adalah “penyalahgunaan proses mahkamah secara terang-terangan” bertujuan untuk menangguhkan pelaksanaan, katanya.

Nagaenthran ditangkap pada 2009 kerana mengedar sejumlah kecil heroin ke negara itu, yang mempunyai beberapa undang-undang dadah paling ketat di dunia, dan dijatuhi hukuman mati mandatori pada tahun berikutnya.

Beliau pada asalnya dijadualkan dihukum gantung pada November tetapi rancangan itu mencetuskan kritikan berikutan dakwaan tertuduh kurang upaya dari segi intelek dan mengemukakan cabaran 11 jam di Mahkamah Rayuan. – AFP, 29 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen