Rakyat Malaysia doakan kesihatan Dr Mahathir di media sosial


Looi Sue-Chern

Gambar Dr Mahathir di Institut Jantung Negara yang dipos di akaun Facebook beliau pagi tadi. – Gambar Facebook, 10 Februari, 2018.

LAMAN Facebook Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Dr Mahathir Mohamad terus dibanjiri dengan doa dan ucapan daripada rakyat Malaysia tidak mengira bangsa dan agama yang mengharapkan semoga beliau kembali sembuh.

Doa dan ucapan itu muncul sebaik saja berita mengenai beliau dimasukkan ke hospital mula berlegar di laman sosial hari ini.

Bekas perdana menteri yang berumur 92 tahun itu dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) malam tadi kerana jangkitan di dadanya dan demam.

“Semoga  Allah Subhanahu Wa Ta’ala merahmati Tun dapat sembuh dengan cepat dan membolehkan Tun untuk meneruskan perjuangan mengembalikan keadilan Malaysia. Allahumma shalli ‘ala Muhammad wa ‘alihi Muhammad,” tulis Zulkiflee Arip pada akaun rasmi pemimpin tersebut.

Afreen Afreen menulis: “Ya Allah, kau berikanlan Tun kesihatan yang baik. Aameen ya robbal, aalameen” 

Manakala seorang lagi pengguna Facebook Alexander Tan Kok Bing juga berdoa agar pemimpin itu cepat pulih: “Tuhan, Tun adalah harapan negara kita, mohon agar Tun dirahmati dan cepat pulih serta diberi kesihatan baik”

Eric Quek pula menulis: “Semoga cepat sembuh Tun. Kami akan sentiasa menyokong Tun, dan semoga kita akan lebih kuat. Doa kami untuk Tun dan semoga cepat sembuh.”

“Banyakkan berehat, Tun. Tun dah banyak berjuang dan kami boleh nampak. Kami akan sokong Tun. Semoga Tun cepat baik dan sembuh cepat,” coret Reese Oii.

Seperti yang lain, pengguna Facebook, Eugene EC juga setuju bahawa Malaysia masih memerlukan Dr Mahathir terutamanya untuk menyelamatkan negara.

“Semoga cepat sembuh Tun. Banyakkan berehat dan kembali berjuang menyelamatkan Malaysia. Kami, rakyat perlukan kepimpinan dan kepakaran Tun mentadbir negara ini.

“Semoga cepat sembuh Tun, negara memerlukan Tun,” komen Chairul Anwar.

Sementara Amer Amir menulis: “Allah selamatkan Tun demi negara.

Komen Lim Leong Keong pula: “Semoga cepat sembuh dan terus berjuang untuk Malaysia yang lebih baik.”

Ribuan reaksi yang sama juga dapat dilihat apabila akaun rasmi Facebook Dr Mahathir memuat naik kenyataan IJN mengenai kesihatan dan gambar pemimpin tersebut.

Sebahagian mereka memberi sokongan moral, dengan menyatakan sokongan mereka kepada PH dan akan bersama pemimpin tersebut untuk mengubah kerajaan persekutuan.

Tulis Mohd Adip: “Semoga cepat sembuh.. jangan risau … pru nanti kita kasi bungkus.

Huzri Suliman turut memberi komen bahawa pembangkang akan berjaya dalam pilihan raya kali ini.

“Jangan bimbang Tun. Kami rakyat malaysia memastikan BN akan tumbang next PRU14 (pru depan). Tun perlukan rehat dan Tun telah lakukan banyak perkara.”

“Tun, kita akan menang kali ini, bertabah Tun,” kata Sivanesvaran Ramaiah.

Ada juga komen daripada pengguna media sosail yang mengharapkan perdana menteri paling lama di negara ini untuk tidak terlalu bekerja keras dan menyerahkan usaha itu kepada pemimpin 

“Semoga Tun sihat dan sentiasa dalam lindungan Allah. Amin and take a good rest (berehat secukupnya) dan biarkan anak-anak dan rakyat fight for our rights (memperjuangkan hak kita). Kita tukar, pasti tukar,” tulis Sham Sal.

Komen Chea Kim San: “Tun, sudahlah! Biar anak Malaysia muda selamatkan negara.”

“Tun perlukan rehat, banyak sumbangan Tun pada Malaysia, saya menyanjungi anda selamanya.”

“Tun berehat la….biar mereka yang lain bekerja…Bagi saya Tun dah cuba yang terbaik untuk rakyat Malaysia….jika PH tewas…kita tak salahkan Tun..kita salahkan rakyat Malaysia sendiri yang menyokong rasuah, perompak dan penyamun,” kata Shah Rizal.

Pemimpin itu juga dilihat menerima doa dan sokongan daripada mereka yang mengakui tidak meminati Dr Mahathir, namun mahu beliau cepat sembuh.

“Biarpun politik kita tak sama, saya harap Tun cepat sembuh,” komen Amirul Faez pada posting gambar Dr Mahathir dalam wad.

“Banyak perkara yang saya tidak bersetuju dengan Tun pada hari ini tapi saya berharap Tun sembuh sediakala dan berehat secukupnya.. perbedaan pandangan dengan Tun tak dapat melenyapkan jasa Tun selama 22thn untuk Malaysia,” coret Fahmi Al Fatih. – 10 Februari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Semoga UMNO dan PAS akan direhatkan.

    Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Jaafar Sarbani · Ulasan