PM dulu hadir MoU projek terowong, sekarang tidak sokong, kata Guan Eng


Looi Sue-Chern

(Dari kiri) Wakil BUCG, Liu Longhua, Perdana Menteri China ketika itu Wen Jiabao, Perdana Menteri Najib Razak dan Ketua Menteri Pulau Pinang pada uoacara menandatangani perjanjian persefahaman antara kerajaan Pulau Pinang dan BUCG di Putrajaya untuk mengambil alih projek terowong pada 28 April, 2011. – Gambar ihsan Pejabat Ketua menteri Pulau Pinang, 10 Februari, 2018.

KETUA Menteri Lim Guan Eng hari ini mempersoalkan Perdana Menteri Najib Razak yang “tiba-tiba” menyifatkan projek terowong dasar laut Pulau Pinang sebagai satu pembaziran.

Lim berkata Najib sendiri yang menyaksikan upacara menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan Pulau Pinang dan syarikat China, Beijing Urban Construction Group (BUCG) untuk mengambil alih projek berkenaan. 

Katanya perdana menteri China ketika itu Wen Jiabao turut hadir pada upacara menandatangani perjanjian itu di Putrajaya pada 28 April, 2018. 

“Mengapa sekarang beliau katakan terowong itu sebagai pembaziran dan tidak perlu, tujuh tahun selepas beliau menyaksikan upacara menandatangani perjanjian?

“Mengapa beliau tidak katakan ketika itu? Adakah beliau lupa yang beliau hadir (pada upacara menandatangani MoU)?

“Atau adakah sebab pilihan raya semakin hampir? Dan beliau diengaruhi oleh semua penipuan yag dibuat Liow Tiong Lai dan Dr Wee Ka Siong?” kata Lim pada sidang media di Komtar hari ini. 

Liow dan Wee, masing-masing merupakan presiden dan timbalan presiden MCA, telah mengkritik dan membuat kenyataan terhadap projek berkenaan sejak beberapa minggu lalu. – 10 Februari, 2018. 

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • projek terowong dasar laut pulau pinang sedang dlm siasatan SPRM di mana kerugian rm15billion telah diselewengkan oleh pihak tak bertanggungjawab. jika benar berlaku telah salahlaku, adalah wajar utk PM tak beri sokongan lagi pada projek tersebut

    Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Amera amani · Ulasan

  • Melayu mudah lupa

    Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Leslie Chan · Ulasan