Perkemas semua bantuan kewangan kepada PMKS, kata Muhyiddin


Alfian Z.M. Tahir

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Muhyiddin Yassin menyarankan agar semua bantuan kewangan diperkemas supaya dapat dilaksanakan secara sistematik bagi meningkatkan penggunaan sumber secara lebih optimum, bersasar dan berdasarkan keperluan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Februari, 2022.

MAJLIS Pemulihan Negara (MPN) mengesyorkan Putrajaya memperkemas semua bantuan kewangan kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) supaya ia dapat dilaksanakan secara sistematik selain memastikan penggunaan sumber yang tepat, kata Muhyiddin Yassin.

Pengerusi MPN memberitahu pemberita langkah itu perlu bagi meningkatkan sumber ke tahap optimum dan berdasarkan keperluan.

“Majlis berpandangan kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan kewangan dalam bentuk geran dan pinjaman kepada PMKS melalui pelbagai agensi pembiayaan kerajaan dan sistem perbankan negara.

“Sehubungan itu, pihak MPN menyarankan agar semua bantuan kewangan diperkemas supaya dapat dilaksanakan secara sistematik bagi meningkatkan penggunaan sumber secara lebih optimum, bersasar dan berdasarkan keperluan,” katanya.

Pada 4 Januari Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia berkata kira-kira 15 peratus daripada PMKS telah ditutup buat sementara waktu kerana kekurangan dana yang berpunca daripada pandemik Covid-19.

Ding berkata pada masa ini terdapat 1,151,339 PKS yang membentuk 97.2 peratus perniagaan di seluruh negara.

Sejak 2015, PKS bertambah secara purata 4.9 peratus setahun dengan lebih 80 peratus dalam industri perkhidmatan. Pada 2020, angka itu meningkat kepada 85.5 peratus atau 9,846,443.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi mengumumkan 104,748 PKS ditutup pada 2020 yang menjejaskan 61,010 pekerja.

Pada 2021, dianggarkan 37,415 syarikat PKS ditutup, memberi kesan kepada 172,200 pekerja, berdasarkan kepada purata lima kakitangan diberhentikan oleh setiap syarikat.

Data daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) juga menunjukkan setakat November 2020, 4,507 syarikat baharu didaftarkan, sementara 4,195 berdaftar pada Oktober dan 4,367 September.
 
Ding berkata syarikat mikro paling besar dalam PKS iaitu 78.4 peratus. jumlahnya meningkat kepada 205,504 dari 2015 hingga 2020, menjadikan kadar pertumbuhan tahunannya pada 5.4 peratus. – 8 Februari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen