15% syarikat PKS tutup sementara operasi ketika pandemik


Khoo Gek San

Antara 10% hingga 15% perniagaan mikro, kecil dan sederhana menutup perniagaan buat sementara kerana kekurangan dana akibat pandemik Covid-19, kata Persatuan PKS Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Januari, 2022.

KIRA-KIRA 10% hingga 15% perniagaan mikro, kecil dan sederhana (PKS) menutup perniagaan buat sementara kerana kekurangan dana akibat pandemik Covid-19, kata Presiden Persatuan PKS Malaysia Ding Hong Sing.

Bagaimanapun, untuk mengenal pasti sama PKS masih terjejas tahun ini, Ding berkata mereka akan menunggu semua PKS menghantar laporan masing-masing.

Ding berkata pada masa ini terdapat 1,151,339 PKS yang membentuk 97.2% perniagaan di seluruh negara.

Sejak 2015, PKS bertambah secara purata 4.9% setahun dengan lebih 80% dalam industri perkhidmatan. Pada 2020, angka itu meningkat kepada 85.5% atau 9,846,443.

Sektor pembinaan membentuk 7.4% atau 85,637 daripada PKS, diikuti sektor pembuatan, pertanian dan perakaunan sebanyak 5.1% atau 58,439. Selebihnya 0.3% sektor perlombongan.

Ding berkata syarikat mikro paling besar dalam PKS iaitu 78.4%. jumlahnya meningkat kepada 205,504 dari 2015 hingga 2020, menjadikan kadar pertumbuhan tahunannya pada 5.4%.

Perniagaan kecil sebanyak 20% atau 229,987 daripada PKS sementara 1.6% atau 18,289 adalah perniagaan bersaiz sederhana.

PKS, yang menjana lebih banyak KDNK berbanding Malaysia turut terjejas teruk buat pertama kalinya dalam tempoh 17 tahun, merekodkan pertumbuhan negatif 7.3%. ini menjadikan KDNK industri itu kali pertama sejak 2003, lebih rendah berbanding negara.

Ding berkata pada 2019, KDNK PKS ialah 38.9% atau RM553.5 bilion tetapi ia semakin menurun pada 2020 kepada 38.2% atau RM512.8 bilion.

Daripada segi pekerjaan, pengambilan pekerja dalam PKS berkurangan 48%. Pada 2020, PKS mengambil 7.24 juta pekerjaan, menurun 0.9% berbanding tahun sebelumnya di mana 7.32 juta diambil bekerja.

“Penurunan tahun demi tahun menunjukkan PKS terjejas teruk akibat koronavirus. Sebelum 2020, jumlah pekerja meningkat sekurang-kurangnya 3% atau 200,000 setahun.”

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Noh Omar mengumumkan 104,748 PKS ditutup pada 2020 menjejaskan 61,010 pekerja.

Pada 2021, dianggarkan 37,415 syarikat PKS ditutup, memberi kesan kepada 172,200 pekerja, berdasarkan kepada purata lima kakitangan diberhentikan oleh setiap syarikat.

Data daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) juga menunjukkan setakat November 2020, 4,507 syarikat baharu didaftarkan, sementara 4,195 berdaftar pada Oktober dan 4,367 September.

Syarikat mikro tutup sementara elak bertambah rugi

Pengerusi jawatankuasa PKS Koong Lin Loong berkata jumla rasmi syarikat yang ditutup mungkin tidak tepat kerana mereka mungkin mendaftarkan syarikat lain bagi tujuan cukai.

Malaysia juga memerlukan tempoh lebih setahun untuk pulih daripada kesan pandemik, mendorong banyak syarikat menggantung operasi bagi mengehadkan kerugian.

“Mereka hentikan sementara perniagaan bagi elak kerugian besar, bukan kerana mereka mahu menutup syarikat,” katanya. – 4 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen