
LIMA tahun lalu, Lim Kit Siang mencatatkan kejutan terbesar pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) apabila beliau mengalahkan Menteri Besar Johor Ghani Othman di kerusi Gelang Patah.
Kemenangan itu menandakan berakhirnya penglibatan Ghani dalam politik.
Tinjauan dan bukti anekdot menunjukkan Lim mempunyai peluang cerah untuk mengekalkan kerusi itu, dengan daya tarikan di bawah yang masih kuat terhadap pihak pembangkang. Senario paling buruk akan menyaksikan majoriti kemenangannya berkurangan.
Bagaimanapun, cuba bayangkan senario untuk Barisan Nasional (BN). Mereka percaya keadaannya sudah bersedia berdepan kekecewaan.
Dan inilah adalah sebabnya:
Beberapa tambahan 5,000 hingga 6,000 pengundi Melayu disuntik ke dalam kawasan pilihan raya, mengubah komposisinya dari kerusi majoriti kaum Cina kepada campuran.
Tambah kepada campuran itu adalah pemimpin MCA semakin naik, yang memulakan kempen agresif dengan memberi tumpuan kepada rekod perkhidmatannya.
Menurut Prof Dr Awang Azman Awang Pawi dari Akademi Pengajian Melayu Universtiti Malaya, 70% pengundi baru di Gelang Patah adalah orang Melayu.
“Pengundi tambahan menurunkan peratusan pengundi Cina sebanyak 2 hingga 4% mata. Walaupun saya tidak menjangkakan Lim kalah disebabkan faktor ini, marginnya akan turun,” katanya.
Pada PRU13, Lim mengalahkan Ghani dengan majoriti sebanyak 14,762 undi. Lim mengumpul 54,284 undi berbanding 39,522 diperoleh Ghani dengan pecahan pengundi sebanyak 52% Cina, 33% Melayu dan 10% India.
Awang Azman berkata pemulangan Gelang Patah kepada MCA dan pencabarnya Jason Teoh juga akan memberi tekanan tambahan kepada Lim untuk mengekalkan kerusi itu.
Semasa tinjauan tahun lepas, Awang Azman berkata Teoh menjadi nama yang dikenali di kalangan ramai pengundi Gelang Patah.
Lawan yang hebat
Dalam satu temu bual dengan The Malaysian Insight, Teoh berkata beliau yakin dengan rekod perkhidmatannya untuk memenangi kerusi itu.
Dilahirkan dan dibesarkan di Gelang Patah, Teoh berkata satu lagi faktor yang beliau harap akan berkesan adalah kecenderungan pengundi terhadap calon berbanding parti.
“Saya meletakkan 11 kakitangan bergaji untuk menangani isu pengundi sejak 2014. Mereka cuba mengendalikan semua isu pengundi dan berdasarkan ini saya yakin MCA mempunyai peluang lebih baik untuk memperoleh peluang lebih cerah,” katanya ketua Biro Perkhidmatan dan Aduan MCA itu.
Dalam usaha untuk menjadikan dirinya lebih menarik di mata pengundi, Teoh mengeluarkan klip video selama 4 minit di YouTube awal tahun ini bertajuk “penderitaan Jason Teoh”.
Dalam video itu, Teoh menunjukkan bagaimana beliau “menderita” apabila diberitahu kerusi Gelang Patah akan ditandingi oleh Ghani dan bukan dirinya.
“Saya juga berpendapat ia adalah cara yang baik untuk orang lebih mengenali saya. Ia mendapat lebih 30,000 paparan di laman Facebook saya dalam masa 24 jam selepas dilancarkan,” kata Teoh.

Beliau yakin pengundi akan menghargai semua langkah yang diambil oleh kerajaan negeri BN untuk mengurangkan isu berkaitan kenaikan kos sara hidup.
“Isu kos hidup adalah masalah di sini kerana terdapat perkembangan pesat. Tetapi kerajaan negeri cuba menanganinya dengan berjanji untuk membina lebih banyak perumahan yang mampu dimiliki dan menubuhkan yayasan majlis tempatan untuk menyalurkan bantuan kepada golongan berpendapatan rendah,” kata pemimpin berusia 49 tahun itu.
Teoh juga yakin dengan sokongan pengundi Cina yang mula kembali kepada MCA.
“Kami percaya terdapat tsunami Cina pada PRU13 di mana ramai yang kembali mengundi pembangkang. Saya tidak fikir sentimen itu masih ada sekarang. Tanpanya, akan ada peralahan kembali kepada BN,” kata Teoh di kilangnya di Skudai.
Pembaharuan sedang berlaku
Bagaimanapun, tidak kira betapa yakin Teoh kedengaran, ia hanyalah sekadar kata-kata indah. Tinjauan The Malaysian Insight baru-baru ini menunjukkan sokongan untuk BN di Johor lebih rendah berbanding lima tahun lalu.
Dan sentimen ini tiada kaitan dengan prestasi kerajaan negeri tetapi merupakan kemarahan pengundi terhadap kepimpinan nasional BN.
Hakikatnya ialah pengundi Gelang Patah seperti rakan mereka di pusat bandar lain, seperti Ipoh, Alor Star dan Seremban, di mana isu-isu negara bergema.
Norlaili Aziz, 49, berkata beliau sedia di belakang pembangkang memandangkan sudah letih membaca tentang skandal yang menggugat pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak.
“Kos sara hidup, isu Felda dan rasuah sudah mencapai tahap kritikal sekarang. Malah saudara-mara saya di daerah Felda Kota Tinggi mula bosan dengan BN,” kata Norlaili, yang menghadiri ceramah kemunculan semula Lim pada Sabtu bersama suami dan anaknya.
Anak lelakinya yang berusia 21 tahun, Irfan, yang baru mendaftar untuk mengundi turut bersetuju dengan dakwaan PH yang keadaan negara semakin teruk.
“Rakan saya juga tidak menyukai BN kerana skandalnya. Tetapi pada masa yang sama, mereka bimbang hak Melayu akan hilang jika mereka mengundi pembangkang. Saya bersedia memberi peluang kepada PH untuk mengubah negara,” kata pelajar itu.
Lee dari Muar yang bekerja sendiri, menghadiri ceramah di Gelang Patah berkata Lim adalah calon yang kuat kerana isu-isu negara.
“Saya tidak fikir pengundi di sini sangat prihatin terhadap perkhidmatan kawasannya. Jika beliau boleh mengubah negara, masalahnya akan hilang,” kata lelaki berusia 52 tahun itu.
Pengundi lain Gelang Patah, yang hanya mahu dikenali sebagai Lai, berkata beliau biasanya meneliti rekod pencalonan sebelum mengundi.
“Tetapi ini bukan masa untuk melihat kerja kawasan sendiri. Sekarang adalah masa untuk menukar kerajaan. Selepas perubahan dalam kerajaan, kita akan memikirkan bagaimana untuk memperbaharui negara,” kata ahli perniagaan berusia 49 tahun tersebut.
Justeru, kecuali ada perubahan seismik di antara sekarang dan hari mengundi, Gelang Patah nampaknya masih selamat dalam tangan Lim. Apa yang mampu dilakukan Teoh ialah mengurangkan majoriti penyokong DAP. – 5 Februari, 2018.

Komen
Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Amer Farid · Ulasan