PUTRAJAYA akan sentiasa memperbaiki taraf hidup masyarakat India, tetapi ia akan mengambil masa, kata Perdana Menteri Najib Razak.
Beliau berkata, kerajaan faham masyarakat India mahukan peluang ekonomi yang lebih cerah buat anak-anak mereka.
“Ianya tak boleh siap dalam dua tiga hari. Tapi kita akan tunaikan apa yang kita janjikan buat semua rakyat Malaysia.
“Ini adalah kerja yang berterusan,” katanya sempena festival sambutan Thaipusam di kuil Sri Subramaniar Swamy, Kuala Selangor hari ini.
Tambah Najib, peruntukan sejumlah RM50 juta untuk Pembangunan Sosioekonomi Unit Masyarakat India merupakan salah satu jalan yang kerajaan telah membantu masyarakat India.
Katanya, RM50 juta itu diperuntukan untuk pinjaman tekun dan RM50 juta lain untuk penyelenggaraan dan kerja-kerja membaik pulih sekolah Tamil.
“Saya juga dah lancarkan Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) di mana tambahan RM1.5 bilion telah diperuntukkan untuk kaum India.
“Bagi menyokong insiatif ini, akan diperuntukkan sebanyak RM5,000 buat 100,000 isi rumah daripada kumpulan B40 kaum India bagi membeli unit tanpa perlu membayar faedah.”
Najib berkata yang kerajaan mahu melihat perubahan struktur dalam masyarakat India.
“Ini berkaitan perubahan sikap, nilai dan memperkasa teras.
“Inilah cabaran yang kita hadapi. Saya nak pastikan kepada rakyat yang adanya harapan dalam kerajaan Barisan Nasional,” katanya. – 31 Januari, 2018.
Komen
Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Orenji Lingo · Ulasan