Suku Mah Meri di Bagan Lalang bawa isu rebut tanah ke mahkamah


Raevathi Supramaniam

Suku kaum Mah Meri di Bagan Lalang, Sepang di Selangor akan memfailkan saman sivil terhadap sembilan pihak berhubung hak tanah yang didiami mereka. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 November, 2021.

KOMUNITI Mah Meri di Bagan Lalang, Sepang di Selangor akan memfailkan saman sivil bagi mewartakan tanah yang didiami mereka sebagai tanah adat anak negeri.

Peguam Surendra Ananth yang mewakili Orang Asli berkata mereka memutuskan untuk memfailkan tindakan sivil selepas semakan kehakiman yang difailkan pada Julai ditolak oleh mahkamah.

“Sekarang ini, daripada merayu (keputusan mahkamah mengenai semakan kehakiman), kami akan memfailkan saman sivil.

“Tiada tindakan di mahkamah buat masa ini. Kami berharap untuk memfailkan saman pada akhir Disember,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Orang Asli akan memfailkan tindakan itu terhadap sembilan pihak.

Mereka ialah Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB), Mangrove Lifestyle Sdn Bhd, Mandira Persada Sdn Bh, kerajaan negeri Selangor, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (Jakoa) dan pengarahnya, ketua pengarah Pejabat Tanah dan Galian negeri Selangor serta Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan kerajaan Malaysia.

“Orang Asli memfailkan saman untuk mendapatkan perintah tanah itu adalah tanah adat mereka dan memaksa negeri mewartakannya.

“Beberapa bahagian tanah juga dipindahkan kepada PNSB. Kami mahu membatalkan pemindahan itu dan sekiranya mereka gagal berbuat demikian, Orang Asli sepatutnya diberikan pampasan,” katanya.

Mangrove Lifestyle Sdn Bhd memegang hak milik dan pajakan 99 tahun ke atas tanah seluas 41.124 hektar yang didaftarkan sebagai HSD 18372, Lot PT 5249.

Mandira Persada Sdn Bhd memegang hak milik dan pajakan 99 tahun ke atas tanah seluas 24.053 hektar yang didaftrkan sebagai HSD 18372, Lot PT 5249.

Sementara itu PNSB memegang hak milik dan pajakan 99 tahun ke atas tanah seluas 28327.707 meter persegi yang didaftarkan sebagai HSD 37248, Lot PT 9925.

Pada 20 April lalu, 36 penduduk kampung diberikan notis pengusiran dan diberi tempoh sehingga 20 Mei untuk mengosongkan rumah mereka.

Mereka merayu kepada pejabat tanah dan PNSB untuk melanjutkan tarikh akhir dengan menyebut wabak sebagai salah satu alasan. Bagaimanapun tiada lanjutan rasmi ditawarkan kepada mereka.

Orang Asli diminta mengosongkan rumah mereka bagi memberi laluan kepada pelan pembangunan di bawah projek pembangunan Sepang Gold Coast.

Walaupun penduduk kampung tidak diberitahu tentang rancangan tanah itu, PNSB berkata syarikat sedang berusaha membangunkannya sebagai destinasi pelancongan.

Kampung ini terletak dalam jalan berjalan kaki singkat dari pantai berpasing yang menghadap Selat Melaka manakala Avani Sepang Gold Coast Resort terletak dalam jarak dekat.

Menurut laman webnya projek pembangunan Sepang Gold Coast itu mempunyai anggaran nilai pembangunan kasar RM1 bilion.

Pada Mei penduduk kampung bertemu dengan jawatankuasa Majlis Peguam mengenai hak Orang Asli bagi mendapatkan pemahaman yang lebih baik tentang hak tanah mereka.

Susulan pertemuan itu penduduk kampung memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang bagi melindungi tanah yang mereka diami.

Permohonan semakan kehakiman gagal

Pada 19 Julai, Surendra memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendapatkan perintah mewartakan tanah itu sebagai tanah adat kelahiran Mah Meri tetapi ia gagal.

“Kami memfailkan semakan kehakiman terhadap kerajaan negeri dan beberapa jabatan serta PNSB dan anak syarikatnya yang memegang pajakan di beberapa bahagian tanah itu.

“Perbicaraan pertama pada 30 Ogos untuk mendapatkan kebenaran bagi saman itu didengar. Biasanya ia adalah mudah tetapi dalam kes ini Jabatan Peguam Negara membantah semakan kehakiman dengan mengatakan ia sepatutnya difailkan sebagai saman sivil.

“Pada Oktober hakim bersetuju dengan AGC dan berkata ia sepatutnya difailkan sebagai tuntutan sivil.

Permohonan semakin kehakiman yang dilihat oleh The Malaysian Insight mendakwa tanah itu digunakan oleh Mah Meri sebagai penempatan, untuk bertani, mencari makan, memburu dan menangkap ikan walaupun sebelum zaman penjajahan British.

Semakan permohonan semakan kehakiman belum selesai, hakim memberikan penangguhan sementara sehingga 30 Ogos untuk mengelakkan sebarang tindakan ke atas tanah itu sementara menunggu perbicaraan, kata Ananth.

Kini bagaimanapun beliau berkata tiada apa-apa yang menghalang pelbagai pihak untuk menghalang OranG Asli dari tanah itu.

Khairul Asmar, jurucakap penduduk kampung memberitahu The Malaysian Insight pada masa ini, penduduk kampung masih kekal di tempat mereka berada.

“Kami masih tinggal di sini. Tiada rancangan untuk berpindah ke tempat lain,” katanya.

Ketika ditanya sama ada penduk kampung berdepan sebarang gangguan dripada pemaju tanah berkenaan Khairul berkata tiada sesiapa yang datang bertemu mereka sejak notis pengusiran dikeluarkan pada April lalu. – 22 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen