Umno, Bersatu dan PKR perlu menang di PRN Melaka, kata penganalisis


Noel Achariam Elill Easwaran

PRN Melaka pada 20 November itu akan jadi medan ujian bagi Umno, Bersatu dan PKR dalam menghadapi PRU15. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 13 November, 2021.

PARTI Melayu akan bekerja keras untuk menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kerana ia memberi mereka permulaan kukuh dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata penganalisis.

Mereka berkata PRN Melaka pada 20 November akan menjadi medan ujian bagi parti ini dalam menghadapi PRU15.

Selain dua parti Melayu besar Umno dan Bersatu, penganalisis itu turut menyebut PKR dan berkata ketiga-tiga parti itu perlu menang bagi meletakkan penanda untuk PRU15.

Profesor Pengajian Asia di Universiti Tasmania Dr James Chin berkata PRN Melaka bukanlah pertempuran proksi tetapi lebih daripada itu akan menjadi parti utama atau parti Melayu yang dominan pada PRU15.

“Jadi ia adalah perjuangan untuk jiwa Umno sama ada Najib Razak (bekas perdana menteri) dan Ahmad Zahid Hamidi (Presiden Umno) boleh membuat kemunculan semula yang besar jika mereka berjaya di Melaka,” katanya.

Pada PRN Melaka Perikatan Nasional diketuai Bersatu yang didominasi Umno dan Pakatan Harapan diketuai PKR akan bertanding di semua 28 kerusi.

Chin berkata PRN Melaka adalah pertempuran besar antara Bersatu dan Umno yang mana kedua-duanya sekutu di peringkat persekutuan namun menjadi pencabar di Melaka.

Bagaimanapun katanya kemenangan PH akan menjadi dorongan besar buat Presiden PKR Anwar Ibrahim.

“Beliau (Anwar) masih tidak berjaya dalam dua tahun kebelakangan ini…selamanya menunggu menjadi perdana menteri.

“Jadi beliau juga perlu melakukann yang terbaik di sini untuk melonjakkan momentum ke Sarawak (PRN) dan kemudian ke arah PRU,” katanya.

Chin juga berkata sebenarnya tidak banyak perbezaan antara cara ketiga-tiga parti itu menjalankan kempen mereka.

“Kempen Bersatu dan Umno sebenarnya bertujuan mengumpul penyokong yang sama pada 2018 dan cuba meyakinkan pengundi bahawa mereka masih parti Melayu utama.

“Tetapi pertaruhannya tinggi untuk Bersatu. Jika mereka tidak bersungguh dalam pilihan raya, sentimen Melayu mungkin fikir mereka tidak akan mempunyai peluang dalam PRU15,” katanya.

Bagaimanapun katanya Umno akan tetap bertahan tanpa mengira keputusan PRN Melaka.

Bagi PKR Chin berkata, mereka sudah menjual naratif lama yang sama bahawa kemenangan PRU 2018 dicuri daripada mereka pada 2020 melalui Langkah Sheraton.

“Pada asasnya mereka memberitahu orang ramai mereka adalah parti berbilang kaum terbaik dan harus diberi peluang berkhidmat sepanjang penggal,” katanya.

Chin bagaimanapun berkata pengundi Melayu nampaknya sudah berputus asa terhadap Anwar, Najib dan Muhyiddin Yassin.

“Pengundi Melayu dapat melihat masa depan negara sedang menuju ke arah yang salah dalam kebanyakan aspek seperti pendidikan, isu agama dan kebangkitan politik Islam.

“Mereka takut dengan masa depan negara. Beliau Melayu bimbang dengan masa depan ekonomi,” katanya. – 13 November, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen