Laporan pelancaran 5G oleh Reuters 'abaikan fakta', kata DNB


Digital Nasional Bhd (DNB) hari ini berkata Reuters mengabaikan fakta dalam laporan berhubung pelancaran rangkaian 5G di Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insight, 11 November, 2021.

DIGITAL Nasional Bhd (DNB) hari ini berkata mereka sedang berbincang dengan pengawal selia serta syarikat telekomunikasi nasional untuk menentukan terma dan syarat akhir bagi pelancaran rangkaian 5G di Malaysia.

Mereka berkata demikian dalam satu kenyataan bagi menyangkal laporan Reuters semalam bahawa tiada pembawa mudah alih di Malaysia bersetuju untuk menggunakan rangkaian 5G kerana isu ketelusan dan harga.

Ia susulan kerajaan merancang untuk melancarkan rangkaian itu di tiga kawasan bandar bulan depan.

Laporan itu berkata DNB juga mengesahkan tiada persetujuan dicapai dengan syarikat penerbangan, mengakui garis masa awalnya untuk rundingan adalah “terlalu optimistik”.  

“Kami merujuk kepada artikel baru-baru ini oleh Reuters mengenai pelancaran 5G di Malaysia yang akan disediakan oleh DNB melalui infrastruktur dikongsi tunggal berbanding dengan membolehkan Operator Rangkaian Mudah Alih (MNO) membida dan melancarkan pelbagai infrastruktur.

“Walaupun DNB memudahkan temubual terperinci dengan pengurusan kanan, malangnya Reuters memilih untuk mengabaikan fakta yang dibentangkan dan sebaliknya mengemukakan pandangan yang tidak tepat dan berat sebelah.

“Ya, memang betul tiada syarikat telekomunikasi yang belum mendaftar dengan DNB. DNB sudah menjelaskan sebab untuk itu adalah lazimnya Tawaran Akses Rujukan (RAO) perlu diterbitkan mengikut Piawaian Mandatori Akses,” katanya.

Menurut DNB tawaran untuk perkhidmatan borang 5G sudah dirangka dan dikongsi dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta pemain industri utama pada September untuk maklum balas mereka.

“DNB sejak itu berbincang dengan SKMM dan syarikat telekomunikasi untuk menyelaraskan terma dan syarat akhir,” katanya.

Tawaran itu akan menjadi asas kepada DNB untuk memeterai perjanjian komersial, kata syarikat itu sambil menambah tawaran tidak akan dimuktamadkan sehingga akhir November.

Susulan itu DNB berkata mereka akan memulakan rundingan komersial dengan syarikat telekomunikasi itu.

“Dengan itu jelas DNB tidak meminta sebarang pendaftaran dan tidak mengharapkan pengendali menandatangani apa-apa sehingga tawaran itu diterbitkan,” katanya.  – 11 November, 2021.

Berita penuh di sini.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen