Ordinan Darurat bantu KKM urus Covid-19, kata timbalan menteri


Chan Kok Leong Ragananthini Vethasalam

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali berkata Ordinan Darurat berjaya membantu KKM mengawal jangkitan Covid-19 dalam negara. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 Oktober, 2021.

PELAKSANAAN Ordinan Darurat berjaya membantu Kementerian Kesihatan (KKM) mengawal jangkitan Covid-19 dalam negara, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali.

Beberapa perkara dapat dilakukan menggunakan Ordinan Darurat, katanya di Dewan Rakyat hari ini.

“Pertama, mobilisasi petugas kesihatan ke seluruh negara khususnya negeri-negeri yang terkesan teruk dengan jumlah kes yang tinggi serta bebanan sistem kesihatan yang teruk.

“Kedua, pengamal perubatan swasta telah diantik dan diberi kuasa membantu KKM melaksanakan aktiviti pencegahan dan pengawalan Covid-19 termasuk mengeluarkan perintah pengasingan kepada kes dan kuarantin kepada kontak rapat serta menjalani pengawasan dan pemerhatian,” kata Noor Azmi ketika menggulung perbahasan usul pengungkaian Ordinan Darurat di Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu, Ordinan Darurat juga membolehkan kerajaan melaksanakan penyumberluaran pesakit ke hospital swasta dan melantik pegawai pihak berkuasa tempatan bagi membantu KKM, tambahnya. – 25 Oktober, 2021.

Berita penuh di sini



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen