RAKYAT Malaysia mengecam logo Tahun Melawat Malaysia Tahun 2020 (VMY2020) yang baru sebagai tidak bermutu dan tidak menarik.
Logo itu dilancarkan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Mohamed Nazri Aziz di Forum Pelancongan Asean (ATF) 2018 di Chiang Mai, Thailand semalam.
Ia mempunyai kartun orang utan berkaca mata hitam memeluk monyet proboscis, bayang Menara Berkembar Petronas dan kura-kura di pantai yang juga memakai cermin mata hitam.
Tajuk pada logo itu ialah “Travel.Enjoy.Respect”, yang Nazri dilaporkan berkata sebagai selaras dengan aspirasi Organisasi Pelancongan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO).
Pengguna media sosial bagaimanapun mengecam logo itu sebagai amatur dan tidak dicipta cukup baik untuk menjadi simbol antarabangsa.
One Arashad (@itsmymn) menyindir Nazri kerana memilih pereka yang tidak cukup bagus sedangkan terdapat ramai pereka berbakat di Malaysia.
I’m sick & tired of this humiliation. How can you be a freaking minister, when you can’t realize how awful & humiliating this logo is. You know what this says to the world for 2020? “Malaysians can’t design.” I weep for all our great graphic designers. #VisitMalaysia2020 pic.twitter.com/FdGn2TttwP
— Arshad (@itsmymn) January 27, 2018
Seorang lagi pengguna Twitter, Charis loke (@charisloke) menegaskan terdapat kekeliruan mengenai siapa yang dipeluk oleh orang utan dalam grafik itu.
I still can’t figure out if the orang utan is hugging an orang utan or a person.
— Charis Loke (@charisloke) January 27, 2018
Seorang pereka grafik yang dikenali sebagai Yoy (@ShrlSbrdn) menulis ia memalukan bagi Malaysia kerana memilih logo sedemikian sedangkan terdapat mereka yang benar-benar bakat di luar sana.
Inilah logo Visit Malaysia 2020 kawan kawan. Rasa hina kita ni sbg graphic designer tgok hasil yg macam ni. Kesian kat kita study graphic habis beribu ribu utk mahir, utk faham konsep design tapi logo sebigini rupa dipilih pic.twitter.com/FHgb9uXLxL
— Yoy (@ShrlSbrdn) January 27, 2018
Di Facebook, Andrew Lee berkata logo itu sebagai menghina bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad kerana beliau pencetus Wawasan 2020.
Wiyaz Mihaz menulis di Facebook yang logo baru itu tidak direka baik berbanding logo Tahun Melawat Malaysia yang lalu.
“VMMY2020 adalah salah satu logo terburuk dalam sejarah yang pernah saya lihat. Maaf kerana mengatakan, berbanding logo yang cantik di bawah,” katanya.
Pengguna Facebook Hafiz Bo bukan sahaja menegur logo, tetapi juga tagline itu sendiri. Dia merasakan penggunaan kata “Respect” adalah kasar untuk menarik pelancong.
“Adakah ini bagaimana kita mahu meyakinkan pelancong untuk datang ke negara kita? Adakah ia benar-benar perlu menggunakan tagline ‘respect’. Ia seolah-olah gangster mengeluarkan amaran kepada mereka yang masuk ke kawasannya,” katanya.
Nazri mengumumkan semalam yang VMY2020 meramalkan 36 juta kunjungan pelancong dan menerima sokongan Putrajaya ketika Perdana Menteri Najib Razak membentangkan Bajet 2018.
Menteri itu dipetik sebagai berkata logo itu berinspirasikan flora dan fauna yang terdapat di Malaysia.
Beliau tidak mengatakan bagaimana logo itu dipilih atau siapa yang merekanya. – 27 Januari, 2018.
Komen
Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Leslie Chan · Ulasan