Pemuda PKR cabar PAS berundur dari Selangor


Sheridan Mahavera

PAS perlu meletakkan jawatan lantikan politik di Selangor, gesa perwakilan pemuda PKR hari ini.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 20 Mei, 2017.

PAS perlu berundur daripada semua jawatan di Selangor, kata perwakilan pemuda PKR yang membandingkan bagaimana perwakilan partinya yang melepaskan semua jawatan lantikan politik di Kelantan.

Perwakilan Pemuda PKR Johor Naim Jusri mengemukakan cabaran kepada PAS itu dalam ucapannya di kongres sayap itu di Shah Alam.

Ini susulan keputusan parti Islam itu untuk terus kekal dalam kerajaan Selangor pimpinan PKR dan DAP walaupun sudah memutuskan hubungan politik dengan kedua-dua parti itu.

”Saya mencabar PAS untuk meletakkan jawatannya dalam semua jawatan di Selangor, sepertimana yang kita lakukan dalam kerajaan Kelantan,” kata Naim.

PKR mengarahkan semua ahlinya meletakkan jawatan dalam kerajaan Kelantan pimpinan PAS selepas kerjasama politik itu diputuskan PAS.

Bagaimanapun PAS masih mengekalkan tiga ahlinya yang menjadi exco kerajaan negeri dan semua jawatan kerajaan di Selangor. – 20 Mei, 2017.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Mohon semua cabang pemuda HARAPAN bergerak dgn padu mengempur Pas dan Umno..dgn invoke memain peranan utsma ..kita yakin Baziran nazional komfom tumbang next GE

    Dimuat naik 9 tahun yang lalu oleh Matt Jessy · Ulasan