NAIB Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini mempersoalkan sama ada Synergy Promade Sdn Bhd (SPSB) mampu membayar RM500 juta kepada Felda ke atas tanah yang dimilikinya di Jalan Semarak.
Rafizi mendakwa SPSB tidak mempunyai urusan perniagaan dan wang yang dikembalikan kepada Felda meragukan.
“
Sebelum ini, Pengerusi Felda Shahrir Samad berkata SPSB perlu membayar RM500 jutaatau RM10% dari jumlah kasar pembangunan (GDV).
Rafizi turut mempersoalkan apakah SPSB akan menyerahkan tanah itu semula kepada Felda sedangkan hakmilik akan bertukar kepada hakmilik strata yang akan dijual kepada pembeli.
Beliau yang merupakan ahli Parlimen Pandan mendakwa sekiranya tanah itu dipulangkan semula SPSB kepada Felda, ia akan memebri keuntungan kepada Felda.
Juga ditegaskan Rafizi ialah pemaju Felda sendiri, iaitu Encorp Berhad lebih sesuai memajukan tanah itu.

“
Semalam, Shahrir mendakwa Felda akan mendapatkan semula kesemua 17 tanah yang telah bertukar tangan kepada SPSB dua tahun lalu.
Malah beliau menyangkal dakwaan mengatakan tanah itu dijual kepada SPSB yang membangunkan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) di atas tanah-tanah di Jalan Semarak.
Selasa lalu, Rafizi mendakwa sebahagian tanah Felda “hilang selama-lamanya” kerana ia telah dijual kepada SPSB sebaik pembangunan KLVC bermula.
Katanya, sejak kelulusan pembangunan KLVC diberikan, tanah itu menjadi milik SPSB dan pembeli unit-unit hartanah.
Beliau mendakwa hanya sebahagian daripada tanah itu akan dikembalikan kepada Felda.
Tanah bernilai RM270 itu dipindah milik kepada syarikat swasta dalam urusniaga yang diragui pada 2015.
Berikutan pelbagai laporan polis dan siasatan oleh kerajaan dilakukan, minggu lalu SPSB berkata mahu mengembalikan kepada Felda milikan tanah 16 plot tanpa sebarang kos secara sukarela, yang berkeluasan 66,000 meter persegi keseluruhannya.
Berhubung kerja-kerja pembinaan KLVC yang diteruskan, Shahrir berkata Felda akan berunding dengan pemaju mengenai syarat dan terma projek berkenaan.
SPSB belum membuat sebarang kenyataan sejak berita itu dilaporkan pada 21 Disember lalu. – 25 Januari, 2018.
Komen