Felda akan dapat kembali semua tanah yang ‘hilang,’ kata Shahrir


Sheridan Mahavera

FELDA akan dapatkan kembali pemilikan penuh tanah utama yang “hilang” dalam perjanjian yang mencurigakan pada 2015, langsung menafikan dakwaan yang Felda telah hilang hak milik tanah di Jalan Semarak, Kuala Lumpur buat selama-lamanya.

Pengerusi Felda Shahrir Samad berkata, agensi itu akan mendapatkan kembali kesemua 17 lot tanah yang dipindahkan hak miliknya kepada Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) dua tahun lalu.

Shahrir turut menafikan tuduhan yang tanah itu telah dijual kepada SPSB, yang akan membangunkan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) di tanah itu di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

“Felda dah dapatkan semua instrumen undang-undang (tandatangan resolusi lembaga, ditandatangani dan dimeterai dalam borang 14As) daripada SPSB bagi melaksanakan pemindahan balik (hak milik) kepada Felda,” kata Shahrir kepada The Malaysian Insight.

“Jadi, walaupun tanah (lot) itu masih di bawah nama pemaju, Felda ada instrumen undang-undang untuk melaksanakan pemindahan (hak milik).

“Pengambilan kembali terakhir tanah itu bergantung pada proses yang betul… Ia juga tak benar yang tanah itu telah dijual kepada pemaju.”

Semalam, ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mendakwa tanah Felda yang telah diluluskan untuk pembangunan KLVC telah “hilang selamanya-lamanya.”

Beliau mendakwa kelulusan itu diberikan untuk pembangunan KLVC, lot itu kini dimiliki oleh pemaju dan pemilik persendirian. 

Status hak milik tanah berkenaan yang bernilai RM270 juta telah dipindahkan kepada syarikat persendirian menerusi transaksi yang diragui pada 2015.

Berikutan pelbagai laporan polis dan siasatan oleh kerajaan dilakukan, minggu lalu SPSB berkata mahu mengembalikan kepada Felda milikan tanah 16 plot tanpa sebarang kos secara sukarela, yang berkeluasan 66,000 meter persegi keseluruhannya. 

Berhubung kerja-kerja pembinaan KLVC yang diteruskan, Shahrir berkata Felda akan berunding dengan pemaju mengenai syarat dan terma projek berkenaan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 24 Januari, 2018.

Berhubung kerja-kerja pembinaan KLVC yang diteruskan, Shahrir berkata Felda akan berunding dengan pemaju mengenai syarat dan terma projek berkenaan.

Hari ini, Shahrir berkata tidak ada penjualan unit KLVC dan hanya tapak menara pertama sahaja yang baru mula dibina.

Apabila siap, pembangunan itu akan terdiri dengan tujuh menara termasuk ibu pejabat Felda baharu, di KLVC Tower 1A.

Bagaimanapun, Shahrir berkata Rafizi bercakap benar apabila berkata yang pembeli akan menjadi pemilik unit itu.

“Itu adalah fakta yang dah semua pemilik yang membangunkan tanah tahu,” kata Shahrir.

Bagaimanapun tambah Shahrir, tak berbaloi untuk Felda membenarkan pemaju memiliki tanah itu ketika sedang dalam pembinaan, sebelum projek siap dan sebelum mula dijual.

“Andai projek pembangunan itu menghadapi masalah, atau tanah itu dikenakan bayaran, atau syarikat dijual, kepentingan Felda tidak akan terlindung sebab tanah itu dah jadi aset milik syarikat itu.

“Sebab itu Felda mahu mendapatkan kembali tanah itu, yang menjadi perkara biasa (diamalkan) untuk pemilik tanah yang telah mengikat perjanjian dengan pemaju,” katanya. – 24 Januari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Hari tu masa pc ckp lain skrg dh kena fuck dgn rafizi ckp lain

    Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh Leslie Chan · Ulasan

  • Hari tu masa pc ckp lain skrg dh kena fuck dgn rafizi ckp lain

    Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh Leslie Chan · Ulasan

  • What ever the isssue is,pihak terbabit perlu memastikan perkara sebegini tdk berulang lagi pd masa hadapan dan segala urusaniaga perlu melalui dokumen yg sah supaya ia tdk menimbuk masalah dan pd masa yg sama tdk memberi peluang kpd pihak ketiga utk menyebarkan spekulasi negatif

    Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh Rashmeen salleh · Ulasan