BENARKAN pawagam dibuka semula kepada individu yang divaksin sepenuhnya kerana industri kerugian lebih RM600 juta sejak tahun lalu kerana ditutup, kata Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) hari ini.
Katanya memandangkan makan di premis dan aktiviti tanpa kontak fizikal kini dibenarkan untuk individu yang divaksin sepenuhnya di kawasan Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara, pengecualian sama perlu diberikan kepada pawagam.
“Pawagam kini dalam keadaan genting, sumber pendapatan lebih 20,000 rakyat Malaysia dalam industri kini dipertaruhkan, oleh kerana pawagam masih ditutup tanpa sumber pendapatan alternatif, atau kewangan atau bantuan kewangan dari kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.
MAFE berkata industri terpaksa membuat keputusan sukar seperti potong gaji dan mengecilkan operasi untuk kekal bertahan.
Penutupan pawagam MBO, yang merupakan pengendali pawagam ketiga terbesar di negara ini tahun lalu merupakan petunjuk bahawa mereka tidak mampu lagi bertahan sekiranya terus ditutup, kata MAFE.
“Lebih 25% pawagan di seluruh Malaysia terpaksa gulung tikar kerana terlalu lama ditutup dan jumlah ini dijangka meningkat sekiranya mereka masih belum dibenarkan beroperasi semula.”
Menurutnya lebih 80% penonton dalam satu kajian dalam talian dengan 10,000 responden menyatakan menonton filem di pawagam mampu mengurangkan stres dan kemurungan.
“Pawagam menyediakan kepada penonton yang sudah divaksin penyelesaian yang selamat, terapeutyik dan murah kepada rakyat Malaysia, yang sudah lebih setahun berkurung dan mereka yang mengalami maslaah kesihatan mental dan kesihatan.”
Tambahnya pawagam akan melaksanakan prosedur operasi standard yang ketat dan setakat ini, tiada kes jangkitan dilaporkan berkaitan pawagam.
“Kami yakin ianya selamat untuk benarkan penonton yang sudah divaksin sepenuhnya untuk kembali ke pawagam, jadi kita boleh mengurangkan kemurungan yang dialami rakyat Malaysia di seluruh negara.”
Selain hanya membenarkan mereka yang sudah divaksin sepenuhnnya ke pawagam, MAFE berkata pihaknya juga menggalakkan pembelian tanpa kontak kepada pelanggan, dengan kakitangannya divaksin sepenuhnya dan memastikan pekerja memakai alat perlindungan peribadi seperti dua lapisan pelitup muka dan pelindung muka.
“Dengan SOP yang diperketatkan ini, semua pawagam di Malaysia sedia untuk menerima kedatangan penonton untuk pengalaman menonton filem yang lebih selamat.”
Pawagam dibenarkan beroperasi sementara pada Mei tahun ini sebelum kes baharu Covid-19 melonjak yang menyaksikan kerajaan melaksanakan perintah kawawaln pergerakan ketiga pada 1 Jun. Sejak itu ia masih belum dibenarkan beroperasi. – 1 September, 2021.
Komen