Bintang porno didakwa merogol, serangan seksual 


Ron Jeremy didakwa atras tuduhan merogol dan melakukan serangan seksual ke atas 21 wanita.– Gambar EPA, 26 Ogos, 2021.

BINTANG porno Ron Jeremy didakwa atras tuduhan merogol dan melakukan serangan seksual ke atas 21 wanita, kata pendakwa raya Amerika Syarikat. 

Jeremy yang pernah membintangi lebih 1,700 lebih filem porno sejak 1970-an, berdepan dakwaan jenayah dalam industri itu sejak beberapa tahun lalu. 

Pada Jun 2020, dia dituduh merogol tiga wanita dan menyerang secara seksual seorang lagi mangsa. 

Pendakwaannya di mahkamah Los Angeles turut mencetuskan banyak dakwaan lanjut. 

Tuduhan tersebut bermula pada tahun 1996 dan melibatkan 21 mangsa yang didakwa berusia antara 15 hingga 51 tahun, kata pendakwa raya Los Angeles, George Gascon pada hari Rabu.

Jeremy yang sebelumnya menyatakan dirinya “tidak bersalah” di Twitter, menafikan semua tuduhan itu. Dia menghadapi hukuman penjara seumur hidup jika sabit kesalahan. – AFP, 26 Ogos, 2021.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen