Anak Musa Aman meninggal dunia


Mohammed Hayssam, 34, dikatakan menghidap kanser limfoma dan meninggal dunia selepas dijangkiti Covid-19. – Gambar Facebook, 24 Ogos, 2021.

ANAK bongsu bekas ketua menteri Sabah Musa Aman meninggal dunia hari ini di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu, Sabah.

Mohammed Hayssam, 34, dikatakan menghidap kanser limfoma dan meninggal dunia selepas dijangkiti Covid-19.

“Dengan perasaan yang sangat sedih kami mengumumkan pemergian Mohammed Hayssam Musa pada 24 Ogos 2021. Hayssam meninggalkan isteri dan anak perempuan.

“Kami meminta agar semua pihak menghormati privasi keluarga dalam tempoh yang sangat sukar ini. Semoga Allah merahmati roh dan menempatkan arwah dalam kalangan orang yang beriman,” kata kenyataan media yang dikeluarkan pejabat Musa Aman.

Kenyataan itu tidak menyebut punca kematian.

Bagaimanapun ayah mertua Hayssam, Gulam Haidar Khan Bahadar seperti dipetik The Star Online berkata, perjuangan menantunya melawan kanser sudah semakin baik namun jangkitan Covid-19 menyulitkan kesihatannya.

Hayssam berkahwin dengan anak perempuan Ghulam, Fiti Hana, pada Januari 2017.

Hayssam merupakan salah satu daripada empat anak Musa Aman. Abangnya Yamani Hafez ialah ahli Parlimen Bersatu Sipitang. – 24 Ogos, 2021.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen