SEBANYAK 3,689 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan pada bulan Julai sehingga semalam, yang menunjukkan peningkatan 55% berbanding bulan sebelumnya.
Angka ini tidak termasuk kematian yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam terakhir.
Pada Jun, seramai 2,374 orang meninggal dunia akibat koronavirus manakala pada Mei terdapat 1,290 kematian dilaporkan, menurut data Kementerian Kesihatan.
Julai merupakan bulan yang suram apabila angka kematian harian meningkat setiap hari.
Pada 8 Julai menyaksikan sebanyak 135 kematian dilaporkan setiap hari. Jumlahnya meningkat kepada 153 kematian pada 18 Julai.
Pada 21 Julai, 199 kematian Covid-19 dicatatkan. Angka kemudian meningkat kepada 207 kematian pada dua hari berturut-turut, 26 dan 27 Julai.
25 Julai juga mencatatkan rekod baharu jangkitan Covid-19 dengan 17,045 kes.
Jumlah kemudian meningkat apabila sebanyak 17,786 kes baharu dilaporkan hari ini.
Jumlah kematian yang tinggi disebabkan oleh varian Delta yang membimbangkan dan tidak menerima rawatan sewajarnya dengan bebanan kes diterima oleh hospital.
Kes kematian di luar hospital juga antara yang membimbangkan dengan ramai mangsa menyedari atau lewat mendapatkan rawatan menyebabkan keadaan kesihatan mereka merosot dengan cepat.
Jumlah kematian sehingga semalam adalah 8,859 dan selebihnya adalah kes kematian di luar hospital. – 31 Julai, 2021.
Komen