SEKURANG-KURANGNYA 12 orang yang terlibat dalam protes “Konvoi #lawan” semalam dipanggil polis untuk soal siasat.
Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR), penganjur protes, memberitahu The Malaysian Insight yang lima orang sedang berada di Balai Polis Brickfields.
“Kami berlima sekarang di Balai Polis Brickfields untuk keterangan kami direkodkan berkaitan protes semalam.
“Selain kami, ada juga dipanggil di Kajang dan Melaka,” kata jurucakap SSR Mohd Asraf Sharafi Mohd Azhar.
Asraf adalah salah seorang daripada lima yang dipanggil polis Brickfields.
Semalam, polis menghentikan protes Konvoi #lawan di beberapa kawasan dan menahan tiga orang yang dipercayai melanggar peruntukan perhimpunan secara aman.
SSR mendakwa polis menganggu dan menakut-nakutkan peserta konvoi dan menghalang mereka meneruskan protes yang sepatutnya diadakan bermula jam 11 pagi hingga 5 petang. – 25 Julai, 2021.
MENYUSUL
Komen