Kes harian Covid-19 turun kepada 10,710, kata KP Kesihatan


Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham berkata, Selangor terus melaporkan jumlah kes harian tertinggi dengan 4,828 jangkitan dilaporkan dalam 24 jam terakhir, diikuti Kuala Lumpur dengan 945 kes. – Gambar fail The Malaysian Insight, 18 Julai, 2021.

KES harian Covid-19 turun kepada 10,710 hari ini selepas dua hari berturut-turut melaporkan kes lebih 12,000, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata, dengan jumlah dilaporkan hari ini menjadikan beban negara sebanyak 916,561.

Semalam negara mencatatkan 12,528 kes dan sebanyak 12,541 kes pada 16 Julai.

Selangor terus melaporkan jumlah kes harian tertinggi dengan 4,828 jangkitan dilaporkan dalam 24 jam terakhir, diikuti Kuala Lumpur dengan 945 kes.

Negeri lain yang melaporkan kes baharu hari ini ialah Johor  dengan 808 kes, Sabah (666), Sarawak (261), Negeri Sembilan (771), Pulau Pinang (295), Kelantan (146), Kedah (696), Perak (407), Melaka (289), Pahang (369), Terengganu (123), Labuan (50), Putrajaya (51) dan Perlis (5).

Dalam perkembangan sama, lebih 14 juta dos vaksin telah diberikan setakat hari ini di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

9.57 juta atau 40.9% penduduk telah diberi satu dos vaksin manakala 18.9% atau 4.43 juta orang telah melengkapkan dua dos.

Kadar vaksinasi di Labuan paling tinggi dengan 86.1% penduduknya telah menerima satu dos dan 60.1% telah melengkapkan dua dos. – 18 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen