380,440 suntikan vaksin Covid-19 diberikan setakat semalam


Semalam sahaja sebanyak 380,440 dos suntikan Covid-19 diberikan membabitkan 253,830 individu menerima dos pertama dan 126,610 lagi, lengkap dos kedua, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV). – Gambar fail The Malaysian Insight, 18 Julai, 2021.

JUMLAH keseluruhan pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang dilaksanakan sejak 24 Februari, kini melebihi 14 juta iaitu 14,002,324 dos setakat semalam, kata Menteri Kesihatan.

Adham Baba menerusi perkongsian infografik data pemberian vaksin Covid-19 di Twitter memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 9,570,974 individu menerima dos pertama manakala 4,431,350 orang telah melengkapkan dos kedua. 

Semalam sahaja sebanyak 380,440 dos suntikan Covid-19 diberikan membabitkan 253,830 individu menerima dos pertama dan 126,610 lagi, lengkap dos kedua, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV). – Bernama, 18 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen