PUTRAJAYA yakin dapat capai sasaran 130,00 vaksinasi setiap hari untuk Selangor, kata Khairy Jamaluddin.
“Kita sudah tambah tujuh pusat pemberian vaksin (PPV) baharu hari ini dan merancang untuk menggandakan jumlah vaksinasi di PPV mega di Selangor,” kata menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) itu pada sidang media mingguannya hari ini.
Khairy berkata demikian sebagai menjawab soalan adakah kerajaan dapat mencapai sasaran 130,000 vaksinasi setiap hari di Selangor.
Walaupun dengan jumlah penduduknya yang tinggi dan jumlah jangkitan baharu setiap hari, jumlah orang dewasa yang diberi vaksin sepenuhnya di negeri tersebut hanya 348,853, atau 5.3%, daripada 6.56 juta penduduknya.
Awal hari ini Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata negeri itu menyasarkan 135,000 vaksin diberi setiap hari dalam bulan ini di bawah Program Vaksin Selangor (Selvax).
Katanya, sejak minggu lalu Selangor telah memberi vaksin kepada 53,000 orang setiap hari. – 5 Julai, 2021.
Komen