BERIKUTAN keputusan Putrajaya untuk melanjutkan Fasa 1 sekatan pergerakan penuh, kerajaan memutuskan untuk membenarkan semua restoran dan kedai makan dibuka dari jam 6 pagi hingga 10 malam mulai esok, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob.
Sebelum ini, semua kedai makan hanya dibenarkan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 8 malam di bawah perintah sekatan pergerakan penuh yang bermula pada 1 Jun dan dilanjutkan sehingga 8 Jun.
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, sekatan pergerakan penuh akan diteruskan sehingga kes jangkitan baharu kurang 4,000 sehari. Malaysia hari ini merekodkan 5,586 kes baharu Covid-19.
Ismail Sabri dalam satu kenyataan berkata, Tahap 1 sekatan pergerakan penuh akan dikekalkan di bawah Pelan Pemulihan Negara sehingga tiga indikator nilai ambang utama dicapai.
“Ketiga-tiga indikator nilai ambang tersebut ialah purata kes harian Covid-19 menurun di bawah 4,000 kes, kadar penggunaan katil di ICU pada paras sederhana, serta kadar vaksinasi bagi populasi yang telah menerima dua dos lengkap mencapai 10%,” katanya.
Muhyiddin juga akan mengumumkan bantuan lebih menyeluruh kepada semua kumpulan masyrakat pada Isnin atau Selasa.
Beliau berkata peralihan dari Fasa 1 ke Fasa 2 akan mengambil kira tiga indikator sebelum diputuskan.
“Secara keseluruhan, ini adalah strategi peralihan empat fasa dari krisis Covid-19 yang melibatkan rancangan peralihan bertahap PKP secara berperingkat,” katanya.
Ismail Sabri berkata, untuk Tahap 1, SOP PKP 3.0 masih berkuatkuasa di mana semua aktiviti sosial dan ekonomi tidak dibenarkan beroperasi kecuali untuk sektor yang diperlukan disenaraikan dalam senarai positif dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Bagi Fasa 2 katanya, automotif (kenderaan & komponen), seramik, kilang perabot bagi tujuan eksport, getah, besi dan keluli serta simen dibenarkan beroperasi.
“Sektor perdagangan dan pengedaran, kedai buku dan alat tulis, komputer, telekomunikasi, barangan elektrik, kedai cuci kereta serta kedai gunting rambut (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja).
“Kebenaran beroperasi adalah dari jam 8 pagi hingga 8 malam,” katanya. – 27 Jun, 2021.
Berita penuh di sini.
Komen