REKOD baharu 250,529 suntikan vaksin Covid-19 diberikan semalam di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV) berkata 190,244 ialah penerima dos pertama sementara 60,285 menerima dos kedua vaksin.
Setakat 11.59 malam tadi, 6.3 juta dos vaksin sudah diberikan.
Sementara itu, 1.72 juta individu atau 5.3% populasi sudah menerima vaksin penuh dengan dos dos, manakala 4.57 juta individu atau 14% daripada populasi menerima satu dos.
Kuala Lumpur merekodkan kadar imunisasi tertinggi iaitu 44.7% daripada penduduknya sudah menerima dos pertama sementara 8.5% sudah lengkap divaksin. – 23 Jun, 2021.
Berita penuh di sini.
Komen