AHLI Parlimen pembangkang dan kumpulan hak asasi manusia menggesa Putrajaya membebaskan pereka grafik Fahmi Reza yang ditahan malam tadi.
Wakil rakyat Lim Kit Siang dan Maria Chin Abdullah berkata karya seni Fahmi bukan satu jenayah.
Fahmi, seorang pereka grafik yang dikenali menerusi kartun satira politik, ditahan pada 7 malam semalam oleh polis Dang Wangi.
Lim menyifatkan penahanan Fahmi satu penindasan oleh kerajaan yang autoritarian.
“Malaysia kini melakukan penindasan dan autoritorianisme – contoh terbaru ialah penahanan artis-aktivis Fahmi Reza.
“Saya turut mendesak Fahmi dibebaskan serta merta dan tanpa syarat kerana satira politik bukannya jenayah,” kata ahli Parlimen Iskandar Puteri itu.
Maria berkata hasil kerja Fahmi adalah cetusan dalam bentuk seni, dan sudah tiba masanya kartul politik diberi pengiktirafan mereka ia memberi gambaran kepada keadaan semasa dan isu sosial.
“Grafik dengan satira politik bukan jenayah tetapi satu luahan dalam bentuk seni. Menerusi kartun artistic, seorang kartunis boleh bercakap tentang kegagalan dan keterlaluan golongan elit. Ia sebahagian daripada hak kebebasan bersuara seperti termaktub dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan,” kata ahli Parlimen Petaling Jaya itu.
Maria berkata penahanan itu seolah-olah mempersendakan keadilan dan bakal menjejaskan demokrasi di Malaysia.
Dalam kenyataan malam tadi, polis mengesahkan Fahmi ditahan kerana didakwa menghina Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed berkata kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Katanya, polis akan membuat permohonan perintah reman terhadap suspek hari ini. – 24 April, 2021.
Berita penuh di sini.
Komen