1,285 kes baharu Covid-19, Selangor tertinggi


Kes baharu Covid-19 hari ini naik lebih 100 kepada 1,285 kes jangkitan berbanding 1,139 kes semalam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 April, 2021.

KES jangkitan baharu Covid-19 hari ini naik lebih 100 kepada 1,285 kes jangkitan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah di Twitter/

Kes baharu direkodkan semalam ialah 1,139.

Kes jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam lalu yang meningkat, menjadikan jumlah keseluruhan kes 355,753.

Selangor mendaftarkan kes tertinggi pada 374. Ini diikuti dengan Sarawak (211) dan Pulau Pinang (162).

Putrajaya dan Perlis, yang tiada kes baharu semalam, hari ini masing-masing merekodkan 19 dan satu kes. – 8 April, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen