GPS tetap berkecuali dalam permainan politik baru Umno, kata penganalisis


Desmond Davidson

PERKEMBANGAN politik terbaru di Semenanjung Malaysia tidak akan memberi kesan terhadap pemerintahan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di negeri ini, kata pemerhati politik.

Mereka memberitahu The Malaysia Insight bahawa Sarawak akan tetap berkecuali selepas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi membuat pengumuman pada hujung minggu lalu untuk memutuskan hubungan dengan rakan gabungan Perikatan Nasional (PN), Bersatu pada Pilihan Raya Ke-15 (PRU15) akan datang.

Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata GPS tidak akan menyokong Bersatu atau Umno dalam perjuangan ini.

“Ini hanyalah masalah politik antara kedua-dua pihak,” kata Awang Azman.

Ini kerana katanya GPS “berada dalam posisi yang sangat selesa” dalam apa sahaja keadaan politik di semenanjung.

Beliau berkata ketidakpastian dalam landskap politik yang dilontarkan oleh Umno di Semenanjung tidak akan memberi kesan kepada negeri atau GPS.

Awang Azman berkata oleh kerana GPS bukan anggota rasmi PN dan jika GPS tidak akan menampung Bersatu dalam pilihan raya negeri, hubungan mereka dengan Bersatu juga akan berakhir.

Sarawak begitu selesa dalam kekacauan yang melanda di semenanjung sehingga Awang Azman berkata bahawa negeri itu akan tetap menjadi penentu dengan sesiapa sahaja yang akan muncul di pilihan raya umum.

Awang Azman mengaitkan “kelenturan” dan “pragmatism GPS” terhadap situasi politik semasa dengan “kedudukan yang selesa”.

Beliau menambah bahawa pada akhirnya GPS akan memberikan sokongan kepada sesiapa sahaja yang datang dan membantu membentuk kerajaan.

Ketika ditanya adakah GPS mungkin mempunyai rancangan untuk kembali kepada BN pada pilihan raya umum, Awang Azman menolaknya secara terang-terangan.

BN Sarawak, di mana GPS antara empat parti dahulu sudah lama dianggap sebagai simpanan tetap BN ketika mereka masih dalam pakatan.

Empat parti itu ialah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Pada hujung minggu, Perhimpunan Agung Umno 2020 sebulat suara bersetuju menamatkan kerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya akan datang.

Perwakilian menerima resolusi yang diusulkan oleh Majlis Tertinggi Umno bertarikh 19 Februari. Umno bagaimanapun akan tetap berada dalam kerajaan PN sehingga Parlimen dibubarkan.

Ahmad Zahid dalam ucapannya berkata bahawa Umno tidak akan bekerjasama dengan PKR, DAP atau Bersatu.

James Chin dari University of Tasmania berkata bahawa walaupun GPS tidak akan terlibat dalam pertarungan itu, mereka tetap akan menepati janji untuk menyokong

“Sekiranya akan berlaku pergolakan di Putrajaya, tidak ada bezanya kerana GPS bukan anggota rasmi PN,” kata Chin yang merupakan pengarah universiti di Asia Institute.

Beliau bagaimanapun berpendapat GPS memilih Muhyiddin dan PN untuk bertahan “kerana mereka menerima banyak tawaran istimewa daripada Muhyiddin”.

“Jadi tentu mereka berharap beliau akan bertahan sehingga dapat melaksanakan semua tawaran istimewa itu. Dalam beberapa cara, saya yakin kepimpinan GPS sebenarnya cukup senang dengan apa yang berlaku.

“Pergolakan dalam politik Tanah Melayu hanya akan menguatkan fakta bahawa Sabah dan Sarawak akan menjadi pemain utama (dalam politik nasional),” kata Chin.

Sementara itu Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg enggan memberi maklum balas berhubung pengumuman yang dibuat Zahid.

“Biar mereka bergaduh antara satu sama lain. Kita tidak ada pergaduhan di sini,” katanya. – 31 Mac, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen