Politikus dan aktivis gesa pihak keluar notis salah bahasa di Perak dihukum


Gan Pei Ling

Kesilapan bahasa dalam notis di Pusat Maklumat Pelancongan Perak tular sehingga dilaporkan akhbar di Singapura memberikan gambaran buruk kepada perkhidmatan awam dan nama baik negara, kata politikus dan aktivis. – Gambar Facebook, 2 Januari, 2018.

SANGAT MEMALUKAN.

Itulah pendapat ramai ahli politik dan aktivis selepas sekeping gambar notis Pusat Maklumat Pelancongan Perak yang mempunyai banyak kesilapan Bahasa Inggeris tular sehingga berita itu turut dilaporkan akhbar Singapura.

Tindakan tegas perlu diambil ke atas penjawat awam dan pekerja swasta yang mengeluarkan notis awam dengan tahap Bahasa Inggeris yang teruk kerana ia tidak memberi gambaran baik kepada negara, kata ahli politik.

“Ini tak boleh diterima. Ia memberi kesan kepada kerajaan negeri Perak dan negara. Tindakan tegas perlu diambil kepada individu bertanggungjawab,” kata Naib Presiden Gerakan, Dominic Lau kepada The Malaysian Insight.

Beliau menambah, rakyat Malaysia perlu mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris yang baik sekiranya mahu negara ini maju.

Jurucakap Publisiti MCA, Ti Lian Ker berkata pihak bertanggungjawab perlu dihukum kerana kesilapan itu mencerminkan perkhidmatan awam memandang enteng soal kecekapan seterusnya membuktikan kelemahan pentadbiran.

“Jangan beritahu saya yang mereka tak boleh jumpa sesiapa yang Bahasa Inggerisnya baik, walaupun dalam Jabatan Perhubungan Awam,” kata Ti.

Semalam, akhbar The Star menerbitkan laporan tentang notis Pusat Maklumat Pelancongan Perak yang dipenuhi kesilapan berbunyi: “Sorry for the complementary, we are closing for the temporary, Saturday 30/12/2017 and Sunday, 31/12/2017 because we had an unexpected problem within with our networking and air conditioner issue. We are sure that we are been operated on 2nd Jan 2018. Tq” 

Datuk Bandar Ipoh, Zamri Man berkata surat tunjuk sebab dan amaran keras akan dikeluarkan kepada individu bertanggungjawab tetapi tidak menjelaskan bagaimana kesilapan itu boleh berlaku.

Ahli Parlimen Serdang berkata seorang pegawai kanan sepatutnya memeriksa notis itu sebelum dikeluarkan, dan tidak boleh bergantung kepada aplikasi internet seperti Google Translate.

“Ini adalah petanda bukan hanya perkhidmatan awam tetapi juga seluruh sistem pendidikan kita,” kata Ong yang juga menambah majikan sebelum ini kerap kali mengadu tentang kelemahan Bahasa Inggeris dalam kalangan graduan.

Dasar Bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan negara sepatutnya tidak berubah setiap kali menteri bertukar, yang jadi mangsa adalah pelajar sekolah sehingga menyebabkan generasi kini mempunyai kelemahan penguasan bahasa antarabangsa itu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 Januari, 2017.

Bagaimanapun, Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Mohamed Nazri Abdul Aziz membela Pusat Maklumat Pelancongan Perak.

“Ia bukan masalah. Saya tengok Bahasa Inggeris yang sama teruk di China dan Thailand. Tetapi ia tak menghalang pelancong pergi ke sana. Malah, mereka lebih terkehadapan berbanding kita.

“Kita dalam (industri) pelancongan, bukannya dalam kelas Bahasa Inggeris. Kita hanya perlu (berikan) layanan baik dan menjadi tuan rumah yang menyambut baik semua pelancong,” katanya.

Sementara itu, ucapan selamat tahun baru yang juga ditulis dengan tahap Bahasa Ingggeris yang rendah dari Jabatan Pendidikan Daerah Petaling Perdana juga tular di media sosial.

Ia berbunyi: “Happy New Year 2018. New Year begin, let us pray, that it will be a year with new Peace, New Happiness, and abundance of all, May Almighty bless your through out the new year.” 

Lebih kurang seminggu lalu pula, Malaysia Airports terpaksa meminta maaf kerana sekeping banting di Lapangan Terbang Kelantan yang bertulis: “Mary Christmas” dan “Happy New Years”.

Pada 2015 pula, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dikecam pengguna media sosial kerana ucapan di papan tanda menyambut kedatangan presiden Amerika Syarikat yang berbunyi: “Welcome to the President of USA Barack Obama”.

Bukit Bendera MP Zairil Khir Johari said it is regrettable that the standard of English among civil servants had gone down over the years.

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari pula mengatakan sangat mengecewakan yang kualiti Bahasa Inggeris dalam kalangan penjawat awam sudah menurun berbanding dahulu.

“Ketika era 60-an, 70-an sehingga 80-an, penjawat awam kita sangat fasih berbahasa Inggeris,

“Malangnya perubahan dalam dasar pendidikan kita telah menyebabkan muncul generasi rakyat Malaysia yang lemah penguasaan bahasa itu,” kata jurucakap DAP di Parlimen untuk pendidikan, sains dan teknologi itu.

Pengerusi Page, Noor Azimah Abdul Rahim antara mereka yang lantang menyuarakan perlunya sistem pendidikan kita diubah untuk memastikan pelajar mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris dan Melayu yang lebih tinggi. –  Gambar fail The Malaysian Insight, 2 Januari, 2018.

Empat ahli politik itu- Lau, Ti, Ong dan Zairil- mengatakan Kementerian Pendidikan perlu melaksanakan dasar dan program yang baik bagi meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Dasar Bahasa Inggeris kita perlu konsisten. Ia tidak boleh berubah mengikut menteri (pendidikan),” kata Ti yang turut menambah aktivis bahasa perlu menghapuskan prejudis menganggap Bahasa Inggeris sebagai bahasa penjajah.

Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa untuk Pendidikan Malaysia (Page), Noor Azimah Abdul Rahim mengatakan masanya sudah tiba untuk Kementerian Pendidikan memperkenalkan semula sekolah menggunakan Bahasa Inggeris sebagai perantara yang dihapuskan selepas negara mencapai kemerdekaan.

“Mulakan di Sabah, Sarawak dan Johor. Kemudian hantar pelajar ke UK untuk ijazah atau diploma mereka dalam Bahasa Inggeris.

“Kita perlu lahirkan guru Bahasa Inggeris sendiri seperti mana dahulu,” katanya menambah yang pelajar yang boleh menguasai Bahasa Inggeris dan Melayu dengan baik mempunyai kelebihan dan manfaat besar. – 2 Januari, 2018. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen