KEMENTERIAN Kesihatan tidak menerima laporan berkenaan isu potong giliran untuk vaksinasi, kata menteri Dr Adham Baba.
“Tidak ada (laporan). Potong giliran hanyalah khabar angin,” katanya dalam sidang media bersama Menteri Undang-Undang Takiyuddin Hassan hari ini.
Takiyuddin sebaliknya berkata isu potong giliran hanya diketengahkan dalam laporan media.
Aduan berkenaan isu potong giliran mendapatkan vaksin oleh ahli politik, ahli keluarga dan pembantu menjadi topik hangat di media sosial.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin pada 28 Februari berkata petugas kesihatan yang menerima maklumat berkenaan “VVIP” yang tidak terpilih memotong giliran petugas barisan hadapan untuk vaksinasi Covid-19 boleh menghantar emel kepadanya secara langsung.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan berkata berkata beliau memandang serius dakwaan potong giliran dan telah memberitahu Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengenai perkara itu.
“Pemberi maklumat boleh boleh hantar emel secara anonymous terus kepada saya [email protected] dan saya akan siasat,” katanya. – 28 Februari, 2021.
Komen