#AdhamBabaLetakJawatan trending di Twitter


Ragananthini Vethasalam

Menteri Kesihatan Adham Baba didesak letak jawatan susulan kelonggaran peraturan kuarantin terhadap menteri yang pulang dari lawatan kerja rasmi di luar negara. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 Februari, 2021.

DESAKAN semakin kuat di Twitter supaya Menteri Kesihatan Adham Baba meletakkan jawatan susulan kelonggaran peraturan kuarantin terhadap menteri yang pulang dari lawatan kerja rasmi di luar negara.

Warta diumumkan semalam berkaitan menteri yang baru pulang dari luar negara dikenakan kuarantin tiga hari, mencetuskan kemarahan orang ramai.

Tanda pagar #AdhamBabaLetakJawatan trending di senarai teratas setakat 9 pagi ini.

Sesetengah pengguna media sosial mempersoalkan peraturan pilih kasih antara mereka yang berkuasa dengan rakyat biasa apabila menteri hanya kuarantin tiga hari sementara orang lain perlu menjalani perintah kuarantin 10 hari.

“Nampaknya seseorang tidak belajar daripada apa yang berlaku. Seperti yang selalu saya cakap; satu negara tapi pilih kasih,” kata @Nuyenggg.

“Ini caranya bagaimana kerajaan menggunakan kelompangan darurat untuk isytihar atau pinda undang-undang supaya berpihak kepada mereka. Menteri double standard,” kata @yong95shun.

@fyzuladzwan menyamakan perintah itu dengan filem klasik P Ramlee “Antara Dua Darjat”.

“Antara Dua Darjat. Filem klasik P Ramlee kembali ke Putrajaya. Hero: Rakyat, penjahat: Kabinet Muhyiddin,” katanya di Twitter.

Sementara itu, pengguna dengan akaun @noodlesofea bertanya adakah menteri berniat mewujudkan satu lagi kluster menteri. – 9 Februari, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen