Perlu pendekatan segera kekang pengangguran, kata ahli Parlimen Seputeh


Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ahir tahun lalu memberi kesan kepada kadar pemngangguran berikutan banyak premis perniagaan terpaksa gulung tikar.– Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Februari, 2021.

KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) perlu mengambil pendekatan segera untuk meningkatkan taraf ekonomi rakyat dan melangkaui agenda survival politiknya, kata ahli Parlimen DAP Teresa Kok.

Kenyataan ahli Parlimen Seputeh itu bagi mengulas kenyataan bersama agensi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu Unicef dan UNFP yang mengatakan kadar pengangguran dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah di Kuala Lumpur meningkat ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akhir tahun lalu.

“Buat permulaan kerajaan PN perlu batalkan Perintah Darurat. Tidak dinafikan, perisytiharan darurat akan menghalang pelabur untuk melabur di Malaysia,” kata Kok.

“Tiba masanya kerajaan mengambil sikap proaktif untuk menangani pengangguran dan kemiskinan bandar yang semakin meningkat. Kerajaan mesti melibatkan semua pihak berkepentingan termasuk ahli Parlimen KL dan kerajaan negeri PH,” tambahnya.

Unicef dn UNFP menyatakan kadar pengangguran ketua isi rumah meningkat daripada 7% pada September kepada 15% pada Disember 2020.

Bekas perdana menteri Najib Razak turut mengulas dapatan kajian itu dan mengatakan sekiranya laporan PBB mengenai peningkatan kadar pengangguran dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah itu benar, ia bermakna kerajaan telah gagal.

Najib berkata Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilanjutkan untuk mengekang penyebaran virus akan memberi kesan lebih buruk dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pendek tetapi ketat.

Sementara itu Kok menggesa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk menyambung sidang Parlimen dan sidang DUN bagi membolehkan wakil rakyat turut serta dalam perbahasan dalam usaha meningkatkan ekonomi.

Beliau juga berkata tidak banyak yang dilakukan oleh menteri Wilayah Persekutuan kecuali membenarkan penjaja berniada di mana-mana kawasan di bandaraya.

“Sebagai wakil rakyat di Kuala Lumpur, saya bimang dengan laporan Unicef mengenai peningkatan penganggur dalam kalangan isi rumah kawasan bandar yang berpendaoatan rendah, yang meningkat di Lembah Klang daripada September hingga Disember tahun lalu.”

“Sebagai ahli Parlimen di KL, setakat ini, tidak banyak tindakan diambil dan hanya satu sahaja iaitu menteri FT mengumumkan DBKL akan membenarkan penjaja untuk mendirikan gerai di mana-mana tempat yang mereka inginkan.”

“Muhyiddin juga telah mengumumkan bahawa kerajaan akan menyumbangkan 5,700 paket beras untuk orang miskin pada Hari Wilayah Persekutuan, di samping pelbagai pemberian secara one-off kepada orang miskin tetapi ini tidak akan menyelesaikan peningkatan kadar miskin bandar di Kuala Lumpur dan di Lembah Klang,” katanya.

Menurut laporan PBB, jumlah keseluruhan pengangguran kekal tinggi dengan satu daripada tiga orang dewasa hilang pekerjaan.

Kadar pendapatan dalam kalangan isi rumah yang diketuai oleh wanita dan orang kurang upaya (OKU) masing-masing turun sebanyak 24% dan 36% dari akhir tahun 2019. – 8 Februari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen