Kementerian Kesihatan mengenal pasti 10 kluster baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kluster di negara ini sebanyak 861, kata Dr Noor Hisham Abdullah.
Enam kluster baharu dengan kes sebanyak 210 berkaitan tempat kerja. Empat kluster dengan 51 kes berkaitan komuniti.
Tiga kluster tempat kerja dikesan di Selangor.
Kluster Jalan Industri Rawang di Gombak melaporkan 23 kes selepas 156 orang disaring di sebuah kilang di Taman Perindustrian Bersepadu Rawang.
Kluster Jalan Gombak melibatkan pelajar dan kakitangan institusi pengajian tinggi. Sehingga hari ini seramai 1,110 orang diperiksa dan 41 orang dijangkiti.
Kluster ini merebak ke Sepang, Petaling dan Hulu Langat di Selangor dan Cheras di Kuala Lumpur.
Dua kilang di kawasan perindustrian Bukit Beruntung, Hulu Selangor melaporkan 61 jangkitan selepas 1,664 orang diperiksa.
Di Muar, Johor, kluster Parit Penyengat sebanyak 34 kes berpunca dari asrama pekerja kilang.
Setakat ini seramai 572 orang diperiksa.
Di Sarawak sebuah pusat pentadbiran awam di Jalan Pengiran, Mati mengenal pasti 20 kes selepas 113 orang disaring.
Kluster tempat kerja keenam adalah di Negeri Sembilan.
Dikenal pasti sebagai kluster Permata Satu telah melaporkan 31 kes selepas 532 orang disaring di sebuah kilang di Taman Perindustrian Arab Malaysia, Nilai. – 4 Februari, 2021.
Berita penuh di sini.
Komen