Felda beli baki saham FGV 461,500 unit dari pasaran terbuka 


LEMBAGA Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) membeli kesemua baki saham dalam FGV Holdings Bhd berjumlah 461,500 unit (kecuali saham perbendaharaan) daripada pasaran terbuka pada RM1.30 bagi setiap tawaran saham.

Dalam kenyataan hari ini, Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB), penasihat utama kepada Felda bagi tawaran pengambilalihan saham FGV, menjelaskan saham itu dibeli pada Selasa.

Menurutnya, pembelian itu turut merangkumi kesemua saham FGV di bawah pelan insentif jangka panjangnya.

Pada 8 Disember, Felda, yang telah memiliki 21.24 peratus kepentingan dalam FGV, meningkatkan pegangan dalam syarikat itu kepada 35.12 peratus dan bercadang menjadikan FGV sebagai syarikat persendirian pada RM1.30 sesaham. – Bernama, 3 Februari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen