PUTRAJAYA perlu teruskan strategi menetapkan beberapa hospital khas untuk rawatan Covid-19 berbanding hospital hibrid, kata pakar perubatan.
Dr Musa Nordin dari Hospital Pakar KPJ Damansara memberitahu The Malaysian Insight hospital hibrid, yang merawat pesakit Covid-19 dan bukan Covid-19 mungkin akan menjejaskan kualiti penjagaan dan keselamatan pesakit serta petugas kesihatan.
Beliau berkata timbul kebimbangan dalam kalangan masyarakat umum bahawa hospital demikian boleh menjejaskan penjagaan kesihatan pesakit bukan Covid-19 seperti pesakit kanser dan juga imunisasi.
“Ketakutan itu nyata. Saya tidak akan pergi ke hospital swasta hibrid seperti itu dan juga tidak membawa ahli keluarga saya ke sana.
“Sekiranya saya tidak dibenarkan mengunjungi pesakit Covid-19 di hospital kerajaan atau pusat kuarantin, mengapa saya dibenarkan pergi ke hospital swasta hibrid dengan pesakit Covid-19 ?” kata Dr Musa yang merupakan seorang pakar perunding pediatrik.
Menurutnya ketika katil pesakiut dipenuhkan, hospital Covid-19 kesesakan boleh dikurangkan dengan membenarkan pesakit tanpa gejala dan kategori 1 dan 2 untuk kuarantin di rumah, sambil menambah bahawa hospital kerajaan boleh menggantikan pesakit bukan Covid-19 ke hospital swasta.
“Penyelesaian bijak ini akan melindungi kapasiti hospital Covid-19 dan membolehkan hospital swasta memainkan peranan yang lebih besar dalam Perkongsian Awam Swasta (PPP) bagi pengurusan pandemik Covid-19,” katanya.
Merujuk statistik, Dr Musa berkata terdapat lebih 600 kematian Covid-19 dalam setahun. Secara perbandingan, terdapat 16,325 kes kematian daripada serangan jantung pada 2019 yang menterjemahkan kepada 45 kematian dalam sehari.
Sama juga dengan 36 kematian akibat radang paru-paru dalam sehari, 24 kes bagi strok, 12 bagi kes kemalangan dan lapan bagi kes kanser.
Ketika mengumumkan darurat, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata sektor penjagaan kesihatan swasta boleh membuat pilihan dalam menangani pandemik Covid-19.
Muhyiddin juga mengatakan bahawa menghantar pesakit ke hospital swasta akan mengurangkan tekanan pada hospital awam dan pekerja kesihatan yang terbeban.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengatakan ekspatriat, komuniti perniagaan atau mereka yang mempunyai kemampuan dari segi kewangan untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta boleh memilihnya.
96 hospital swasta bersetuju untuk menerima kes Covid-19, kata Dr Noor Hisham.
Ketika ditanya mengenai bagaimana hospital swasta harus mengenakan bayaran ke atas pesakit mereka untuk mendapatkan rawatan Covid-19, Dr Musa mengatakan mereka harus memastikan “bayaran terendah.”
“Yang penting adalah, ini adalah tanggungjawab kepada negara. Kadar penghunian hospital swasta sangat rendah,” katanya.
“Jika hospital swasta menerima pesakit Covid-19 dan bukan Covid-19, mereka akan kekurangan pesakit. Satu cara untuk memenuhkan katil mereka dalah dengan menerima pesakit bukan Covid-19 dari hospital kerajaan.
Tambahnya, bayaran yang berpatutan tidak akan menyaingi Kementerian Kesihatan.
“Sekiranya kamu berlebihan, KKM tidak akan menolak anda. Fikirkanlah untuk situasi menang-menang.”
Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia Dr Kuljit Singh baru-baru ini memberitahu The Malaysian Insight pesakit yang menerima rawatan Covid-19 di hospital swasta perlu menanggung sendiri kos.
Beliau berkata pesakit harus membayar bil sendiri atau mereka boleh dilindungi oleh insurans jika penyedia polisi mereka sedia pelan perlindungan untuk Covid-19.
Dr Kuljit berkata kos rawatan Covid-19 sama seperti rawatan jangkitan virus lain. – 28 Januari, 2021.
Komen