KEMENTERIAN Kesihatan sedang mencari jalan untuk menambah baik persekitaran kerja dan penggiliran petugas barisan hadapan Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.
Ini kerana kebanyakan mereka kini sudah keletihan selepas hampir setahun bertugas di barisan hadapan dalam mengekang Covid-19.
“Ini adalah cabaran. Kita tiada pilihan untuk meneruskan perjuangan. Kita perlu membuat giliran kakitangan petugas barisan hadapan,” katanya pada sidang media hari ini.
Beliau berkata sokongan psikologi juga disediakan sejak Januari tahun lalu bagi membantu kakitangan yang memerlukan.
Petugas barisan hadapan kini meluahkan mereka keletihan selepas sumber mencapai tahap kritikal dan katil hospital juga tidak mencukupi.
Cuti mereka turut dibekukan.
Ada segelintir doktor turut mendakwa mereka terpaksa bekerja dalam syif 14 jam dan kebajikan mereka terabai. – 21 Januari, 2021.
Komen