Orang Melayu tak selamat kecuali Umno kembali berkuasa, kata Ku Li


Alfian Z.M. Tahir

Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata Umno perlu kembali berkuasa untuk menjaga keselamatan orang Melayu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 24 Disember, 2020.

UMNO mesti kembali berkuasa untuk menjaga keselamatan orang Melayu, kata ahli Parlimen Tengku Razaleigh Hamzah yang paling lama berkhidmat dalam parti itu.

Beliau berkata parti itu perlu mengetengahkan pemimpin muda agar tetap relevan.

Pengerusi Jemaah Penasihat Umno itu berkata demikian dalam forum anjuran Majlis Profesor Negara (MPN).

Beliau menjawab demikian selepas ditanya mengenai siapa yang harus bergabung dengan Umno dalam pilihan raya umum akan datang.

“Kita tidak boleh mengalah kepada Bersatu. Mereka mengambil ramai ahli kita dan itu mencuri. Bersatu wujud dari Umno.

“Umno mesti kembali berkuasa dan jika tidak orang Melayu tidak akan selamat dan negara tidak akan tenteram.

“Orang bukan Melayu juga berharap orang Melayu kembali berkuasa. Kita orang yang dipertimbangkan dan kita tidak tidak pernah mengambil apa yang bukan milik kita,” katanya. 

Ahli Parlimen Gua Musang itu telah membuat beberapa kenyataan anti-Bersatu sebelum ini dan melabel kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin oleh Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sebagai tidak sah.

Bulan lalu beliau berkata ramai pemimpin Umno mahu mengkaji semula kerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya akan datang.

Beliau juga mendesak speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun untuk membiarkan usul tidak percaya terhadap perdana menteri diperdebatkan. – 24 Disember, 2020.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen