Muhyiddin dan PN bentuk kerajaan tidak sah, kata Ku Li


Kamles Kumar

Tengku Razaleigh menegaskan beliau tidak takut akan tindakan tatatertib yang mungkin dilakukan oleh Umno terhadapnya setelah parti itu mengulangi sokongan kepada kerajaan PN selepas apa yang terjadi di Perak. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 14 Disember, 2020.

TENGKU Razaleigh Hamzah mengecam kepimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional dengan melabelnya tidak sah walaupun partinya Umno adalah sebahagian daripada gabungan kerajaan itu.

Pengerusi Jemaah Penasihat Umno itu berkata, beliau menyesuaikan dirinya dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad untuk menentang rejim kini yang bukan dipilih oleh rakyat.

“Ini merupakan kali pertama dalam sidang media yang dipimpin oleh Dr Mahathir sejak dia menjadi Perdana Menteri ke-7.

“Saya berkongsi platform dengan Dr Mahathir hari ini semata-mata kerana saya ingin memastikan kita mempunyai kerajaan yang sah. Kerajaan yang kita ada sekarang bukanlah yang sah.

“Perdana menteri yang memegang jawatan hari ini juga bukan perdana menteri yang sah,” kata Tengku Razaleigh dalam sidang media hari ini bersama Dr Mahathir.

Kedua-dua tokoh veteran itu mencadangkan untuk memberikan bantuan jika kerajaan Muhyiddin runtuh esok andai kata Belanjawan 2021 tidak diluluskan dalam perbincangan ketiga esok.

Secara konvensional, kerajaan dianggap telah jatuh jika rang undang-undang perbekalan tidak diluluskan.

Tengku Razaleigh menegaskan beliau tidak takut akan tindakan tatatertib yang mungkin dilakukan oleh Umno terhadapnya setelah parti itu mengulangi sokongan kepada kerajaan PN selepas apa yang terjadi di Perak.

“Tindakan disiplin apa, semua orang boleh sokong siapa saja yang mereka mahu sokong,” katanya.

Ahli Parlimen Gua Musang itu menjelaskan masalah urus tadbir negara kini menjauhkan bakal pelabur, hasilnya, ekonomi akan merosot.

“Saya yakin kerajaan sekarang tidak sah, kerajaan tidak stabil. Apabila kerajaan tidak stabil, tidak ada keyakinan bukan hanya pada kerajaan tetapi juga ekonomi. Pelabur tidak yakin untuk melabur di negara ini,” kata Tengku Razaleigh.

Putera Kelantan yang lebih dikenali sebagai Ku Li menambah, jika tidak ada pelabur, ekonomi negara tidak akan berkembang dan akan mempengaruhi pasaran pekerjaan dan juga kehidupan rakyat Malaysia.

“Bila ini terjadi, tidak akan ada pertumbuhan ekonomi. Itu bermakna tidak akan ada pekerjaan yang baharu, yang kemudiannya akan mempengaruhi golongan muda yang baru tamat sekolah dan universiti,” katanya.

PN juga gagal melaksanakan dasar yang betul sejak mengambil alih kerajaan pada Februari lalu, kata Tengku Razaleigh.

“Apabila tidak ada dasar yang tegas, anda tidak dapat meyakinkan para pelabur. Ini adalah masalah besar,” katanya.

Tengku Razaleigh sebelum ini mendesak ahli politik termasuk dari partinya, Umno untuk mengundi berdasarkan kehendak pengundi di Parlimen dan bukannya mengikuti pendirian parti itu.

Beliau berkata berkata walaupun beliau adalah ahli Parlimen dari Umno, partinya tidak berhak menentukan corak pengundian kerana dirinya dipilih pengundi di kawasannya. – 14 Disember, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen