Separuh belanjawan untuk kementerian diluluskan Dewan Rakyat


Chan Kok Leong Hailey Chung Wee Kye

DEWAN Rakyat hari ini meluluskan peruntukan belanjawan di peringkat jawatankuasa untuk tiga kementerian, menjadikan keseluruhan belanjawan kementerian yang lulus sebanyak 14 daripada 27.

Kementerian Kerja Raya akan menerima sejumlah RM7 bilion, Kementerian Pengangkutan RM6 bilion dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menerima sebanyak RM935 juta.

Pembangkang meminta undi belah bahagi terhadap peruntukan kepada Kementerian Pengangkutan kerana Menteri Dr Wee Ka Siong tidak menjawab pertanyaannya mengenai kapal membaiki kabel dasar laut.

Belanjawan untuk dua lagi kementerian diluluskan dengan pungutan suara.

Esok Dewan Rakyat akan menyambung semula debat belanjawan untuk Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Kementerian Wilayah Persekutuan, dan Kementerian Alam Sekitar dan Air.

Masih ada 13 kementerian akan akan dibincangkan diperingkat jawatankuasa sebelum Belanjawan 2021 diundi untuk kali ketiga. – 7 Disember, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen