KKM sahkan mangsa Covid-19 berumur 130 tahun


Dr Noor Hisham berkata lelaki itu merupakan mangsa ke-352 Covid-19 dan bukan rakyat Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 November, 2020.

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia mengesahkan ada pesakit berusia 130 tahun yang terkena jangkitan virus Covid-19 berdasarkan maklumat diberikan ahli keluarga mangsa dan pihak berkuasa tempatan, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua Pengarah Kesihatan berkata lelaki itu tidak mempunyai sebarang dokumen sebaliknya KKM mendapatkan maklumat melalui ahli keluarga mangsa itu.

“Ini kerana arwah tidak ada dokumen sah, jadi maklumat terhad termasuklah umur mangsa,” tambahnya.

Dr Noor Hisham berkata lelaki itu merupakan mangsa ke-352 Covid-19 dan bukan rakyat Malaysia.

Lelaki itu disahkan meninggal dunia di Hospital Tuaran.

Umur lelaki itu hangat diperkatakan kerana lelaki itu paling tua di dunia, bukan setakat paling tua di Malaysia.

Sementara itu, New Straits Times memetik anak perempuan mangsa yang mendakwa ayahnya memang berusia 130 tahun.

Katanya, umur Talib Omar disahkan berdasarkan dokumen yang didapatinya. – 29 November, 2020.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen