POLIS menangkap satu pasangan yang dikaitkan dengan pembunuhan seorang lelaki di sebuah setesen minyak di Taman Pelangi, Johor Bharu.
Ketua Polis Johor Khalil Kader berkata pasangan berusia antara 19 dan 22 tahun itu ditangkap oleh pasukan unit khas.
“Hentikan menyebar maklumat palsu dan khabar-khabar angin yang mencemaskan orang ramai serta menganggu siasatan polis. Polis sedang cuba menangkap suspek,” katanya dalam satu kenyataan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Azman Ayob dilaporkan berkata maklumat palsu tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp.
Beliau merujuk kepada satu posting yang tular di Facebook dan WhatsApp, mendakwa polis sudah menangkap suspek yang terlibat dalam pembunuhan itu.
Khalil juga berkata tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan kepada mereka yang menyebabkan kekeliruan (menyebar berita palsu) dan ketakutan di kalangan orang ramai.
Mereka yang didapati bersalaj boleh dipenjara selama dua tahun atau dend atau kedua-duanya sekali.
The Malaysian Insight melaporkan Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi berkata polis telah mengenal pasti empat suspek dalam kes pembunuhan itu.
Polis sedang mengesan suspek yang dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap, katanya.
Mangsa yang berusia 30 tahun ditikam dan digilis sebuah kereta yang dinaiki empat lelaki di stesen minyak Taman Pelangi pada Ahad.
Ketika kejadian berlaku pada kira-kira 7.30 malam itu, mangsa yang bersama seorang wanita asing berusia 20-an yang dipercayai isterinya, sedang mengepam tayar kereta Volkswagen mereka. – 20 Disember, 2017.
Komen