SEBANYAK 12 buah sekolah di seluruh negara ditutup kerana jangkitan Covid-19 dari kluster tempatan sejak permulaan gelombang ketiga pada 20 September lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata sekolah-sekolah ini sama ada terletak di zon merah, mempunyai kes jangkitan daripada ahli keluarga atau jangkitan sporadis.
“Tiga sekolah yang ditutup di Negeri Sembilan berkaitan adengan kluster Cahaya, Sofi dan Bah Manggis.
“Tiga sekolah ditutup di Johor berkaitan dengan kluster Simera dan Rinting, dua sekolah di Kuala Lumpur berkaitan dengan kluster Jalan Pantai dan Long.
“Satu sekolah di Pulau Pinang berkaitan dengan kluster Alma, satu di Melaka berkaitan dengan kluster Bukit, satu di Putrajaya berkaitan dengan kluster Selasih dan yang terakhir satu sekolah di Sarawak berkaitan dengan kluster Bah Arnab,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.
Noor Hisham berkata, kes-kes tersebut tidak bermaksud penyebab jangkitan di sekolah, tetapi mungkin dibawa ke sana oleh mereka yang berada dalam kluster atau ahli keluarga yang dijangkiti atau jangkitan sporadis.
Beliau berkata sekolah akan ditutup selama seminggu untuk pembasmian kuman dan pengesanan kontak sekiranya ada kes dilaporkan. – 22 Oktober, 2020.
Berita penuh di sini.
Komen