Sepertiga kes Covid-19 dari Sabah, kata KP Kesihatan


Ravin Palanisamy

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah turut menekankan Sabah dan Sarawak serta Labuan menyumbang 2.96% kes aktif setakat ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 18 Oktober, 2020.

SABAH telah menyumbang lebih sepertiga daripada jumlah Covid-19 di seluruh Malaysia, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. 

Beliau turut menekankan Sabah dan Sarawak serta Labuan menyumbang 2.96% kes aktif setakat ini.

“Setakat 18 Oktober (hari ini), kes kumulatif Covid-19 di Sabah ialah sebanyak 7,439 (atau 36.3% daripada jumlah keseluruhan di Malaysia),” katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 hari ini.

Beliau juga berkata hingga kini, seramai 251,030 individu di negeri itu telah menjalani saringan jangkitan pandemik itu.

Malaysia hari ini mencatatkan jumlah tinggi sebagai 871 kes positif Covid-19, dengan Sabah menyumbang 702 kes baharu, iaitu 80.6% daripada jumlah kes di seluruh Malaysia.

Jumlah kes hari ini juga merupakan jumlah paling tinggi di Sabah, setakat hari ini.

Setiap hari, Sabah menyumbang bilangan kes yang paling tinggi dalam tempoh 12 hari. – 18 Oktober, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen