1 Utama buat ujian saringan percuma untuk staf, kontak rapat


Noel Achariam

1 Utama dalam kenyataan di Facebook berkata pusat ujian saringan Covid-19 juga sudah dibuka kepada staf dan penyewa untuk menjalani ujian. – Gambar Facebook, 11 Oktober, 2020.

Utama akan ditutup hari ini bagi membolehkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjalankan proses pengesanan kontak kes Covid-19, kata pihak pengurusan.

1 Utama dalam kenyataan di Facebook berkata pusat ujian saringan Covid-19 juga sudah dibuka kepada staf dan penyewa untuk menjalani ujian.

“Langkah ini diambil sebagai tindakan berjaga-jaga bagi mengekang sebarang risiko penularan.

“Proses nyahcemar juga boleh dilakukan dalam kawasan pusat beli belah dan akan kembali beroperasi selepas mendapat keputusan ujian,” kata kenyataan itu.

KKM sudah mula mengesan kontak rapat dan bekerjasama dengan pasukan MySejahtera untuk menghubungi individu yang berisiko dijangkiti virus itu selepas terdedah dengan pesakit Covid-19.

Ujian saringan percuma pada 14 dan 15 Oktober telah diaturkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah di Petaling Jaya.

“Kita juga mempercepatkan usaha mengesan kontak berdasarkan pasukan kesihatan 1 utama dan rakaman CCTV bagi membantu meringankan beban KKM.”

Pihak Pengurusan 1 Utama juga memulakan usaha menjalankan ujian saringan sendiri yang diberikan secara percuma kepada staf penyewa dan stafnya bermula hari ini dan esok. – 11 Oktober, 2020.

Berita penuh di sini.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen