TIMBALAN Presiden Umno Mohamad Hasan tidak menyimpang jauh apabila berkata Barisan Nasional (BN) diketepikan oleh rakan kongsi politiknya dalam pilihan raya negeri Sabah bulan lepas.
Selepas menyemak keputusan pilihan raya 26 September, penganalisis pilihan raya Ilham Centre mendapati BN kalah lapan kerusi kepada Perikatan Nasional (PN) dan sekutunya.
Selain itu, peluang BN dibayangi oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) di sekurang-kurangnya 12 kerusi yang mereka bertembung walaupun sama-sama bekerjasama atas nama Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Selain PBS, BN juga berhadapan dengan banyak calon di tujuh kerusi – di tiga kerusi melawan Star, tiga kerusi calon bebas, dan satu kerusi Parti Cinta Sabah (PCS).
Kekalahan di lapan kerusi itu meletakkan BN di tempat kedua dengan 14 kerusi berbanding PN yang menang 17 kerusi dalam GRS. PBS menang tujuh sementara tiga calon bebas yang menang kemudiannya mendukung PN.
Pada akhirnya, PN mempunyai 27 kerusi berbanding BN yang hanya ada 14.
“BN dalam keadaan tertinggal di belakang PN sejak dari awal,” kata Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar.
“Semasa rundingan kerusi, Umno serahkan kerusi yang ia boleh menang kepada Bersatu dan selepas itu, BN berlawan pula dengan Warisan Plus dan parti-parti PN.”
Katanya, masalah BN diburukkan lagi dengan 19 pertandingan banyak penjuru antara calon dari PBS, Star, PCS dan bebas.
Walaupun PCS tidak menang satu pun daripada 73 kerusi yang ditandinginya, presiden parti Anifah Aman menafikan BN daripada kekal di Bongawan, kata Hisomuddin.
Di Bongawan, Warisan menang dengan majoriti 1,802 undi selepas meraih 5,400 undi berbanding Umno 3,548 dan PCS 3,598.
Ilham berpendapat PBS berjaya mencuri undi BN di sekurang-kurangnya 12 kerusi, daripada Star di 3 kerusi, bebas 3, dan PCS 1.
Selepas penamaan calon pada 12 September, BN bertembung dengan PBS di 16 kerusi.
Kalah dengan PBS

Daripada lapan kerusi yang BN kalah kepada parti dalam PN, tiga dimenangi oleh PBS, dua oleh Star dan tiga dimenangi calon bebas.
Walaupun kerusi Matunggong ditandingi oleh PBRS bagi pihak BN, PBS yang setuju bersama PN di tengah kemuncak kempen, menang.
Dalam pertandingan lapan penjuru, PBRS dapat 2,859 undi berbanding PBS yang meraih 4,369, menjadikan majoritinya 1,510 undi.
Apa yang menarik di kerusi ini ialah undi yang dikumpul oleh parti selain Warisan Plus termasuk calon bebas berjumlah 2,268 undi. PKR yang bertanding untuk Warisan Plus dapat 1,680 undi.
Di Tandek pula, PBSR juga kalah kepada PBS yang diberikan kerusi itu hasil rundingan dengan PN dan BN.
Sekutu PN ini mendapat 3,796 undi berbanding PBRS yang meraih 1,520 undi.
Pertembungan PBS tidak terhad dengan PBRS; ia juga menang kerusi Umno di Lumadan, yang terletak dalam kawasan Parlimen Sipitang.
Umno kalah hanya 364 undi kepada PBS selepas meraih 3,286 undi berbanding 3,650 undi.
Jumlah undi terkumpul yang diperolehi oleh parti kecil dan calon bebas ialah 769 undi iaitu mengatasi majoriti dan menyekat BN daripada mengekalkan kerusi yang dimenanginya dalam pilihan raya umum 2018.
Walaupun PBS dan Star berdamai empat hari sebelum pengundian untuk kerusi Tambungan dan Bingkor, tiada parti yang mencapai kata sepakat dengan BN.
Ini juga berlaku di Sook dan Paginatan apabila Star mengalahkan PBRS dan Umno.
Walaupun PBS tidak menang di Paginata, calonnya Arthur Sen mendapat 1,588 undi di belakang calon Umno Jemadi Sahat yang mendapat 2,460 undi dan calon Star Abidin Madingkir yang meraih 3,783 undi.
Umno kalah kepada PN dengan 1,323 undi.
Kalah kepada calon bebas
__full.jpg)
Selain kalah kepada PBS dan Star, BN juga kalah kepada calon bebas yang dikaitkan dengan PN.
Selain di Kuamut yang dimenangi bebas pemimpin Upko Masiung Banah, BN juga kalah di Pitas kepada bekas timbalan ketua cabang PKR Ruddy Awah dan di Kemabong kepada Ketua Bahagian Bersatu Rubin Balang.
Ruddy adalah bekas pemimpin PKR yang setia kepada bekas timbalan presiden yang dipecat Mohamed Azmin Ali.
Umno kalah kepada tiga calon bebas ini.
Umno sama-sama menang di Sabah tetapi tidak dapat memimpin negeri. – 8 Oktober, 2020.
Komen