Kerajaan terlupa kami, kata DJ kelab malam


Noel Achariam

DJ, S. Shamalan, 34, bekerja di beberapa kelab di seluruh negara dengan terakhir di Hard Rock Pulau Pinang, kini hilang pekerjaan sejak PKP pada Mac. – Gambar S. Shamalan, 13 September, 2020.

DJ antara mereka yang menjana pendapatan daripada kelab malam, di mana ia masih belum dibenarkan dibuka dan beroperasi di bawah penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP).

Seperti pemilik pub, pemuzik dan penyanyi, pekerjaan mereka menjadi perhatian selepas pemimpin kerajaan membuat kenyataan yang kelihatan seperti terlepas pandang bahawa penutupan kelab malam menyebabkan mereka di dalam industri itu hilang pendapatan.

DJ, S. Shamalan, 34, bekerja di beberapa kelab di seluruh negara tetapi selepas hilang pekerjaan ketika PKP yang bermula sejak Mac, beliau terpaksa beralih kepada menjual produk kosmetik untuk mendapatkan wang.

Beliau yang berasal dari Ipoh dan kini menetap di Pulau Pinang berkata beliau buat sendiri sabun, pelembab bibir dan beberapa produk lain untuk meneruskan kelangsungan hidup.

“Saya bekerja di Hard Rock Pulau Pinang sejak selama lebih setahun sebelum berhenti pada PKP.

“Sekarang saya jual kosmetik untuk dapatkan wang,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Shamalan, yang dikenali sebagai DJ Blackice berkata kerajaan patut menilai semula prosedur operasi standard (SOP) dan membenarkan kelab malam dibuka semula.

Pada 1 September, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata hanya bar, pub dan kelab malam terus ditutup sebagai usaha membendung penularan Covid-19.

“Ekonomi sudah menunjukkan tanda pemulihan, dengan semua sektor dibuka semula kecuali pub dan kelab malam,” kata perdana menteri.

Tetapi kenyataan beliau menyebabkan kebimbangan kepada mereka dalam industri itu. Muhyiddin berkata: “Yang tak buka hanyalah kelab-kelab malam dan pub, itu menurut saya kalau tak buka selama-lamanya pun tak apa (gurau). Kerana susah nak mengamalkan penjarakan sosial,” katanya.

Kenyataan itu turut disokong menteri PAS Khairuddin Aman Razali yang kemudian berkata kenyataan Muhyiddin supaya kelab malam dan pub ditutup selama-lamanya sangat bertepatan

Pengasas DJ United Future, Christopher Doss yang sudah 35 tahun berada dalam industri itu berkata rakan-rakannya ramai yang terjejas teruk akibat pandemik. – Gambar The Malaysia Insight oleh Najjua Zulkefli, 13 September, 2020.

Pengasas DJ United Future, Christopher Doss yang sudah 35 tahun berada dalam industri itu berkata rakan-rakannya ramai yang terjejas teruk akibat pandemik.

Beliau menganggarkan lebih 90% DJ di seluruh negara kini hilang pekerjaan.

“Di Kuala Lumpur saja lebih 300 DJ hilang pekerjaan.

“Sekarang mereka bawa Grab, buat perkhidmatan hantar barang dan sesetengahnya buat perniagaan makanan.”

DJ tidak menerima sumbangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada majikan, dan mereka juga tidak ada Perkeso, kata Doss, menambah bahawa DJ juga adalah individu yang ada  keluarga perlu ditanggung.

“Gaji untuk DJ juga tidak konsisten kerana ia kerja gig. Tetapi itu satu-satunya sumber pendapatan mereka.” – 13 September, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen