PAS menjadi parti ekstremis berikutan beberapa siri kenyataan yang tidak sopan dibuatnya terhadap masyarakat bukan Islam, kata Lim Guan Eng.
Lim berkata demikian sebagai mengulas kenyataan kontroversi oleh Ahli Parlimen Pasir Puteh Nik Muhammad Zawawi Salleh yang berkata kitab Injil sudah diubah dan terpesong.
“DAP mengutuk sekerasnya Zawawi kerana menyinggung Kristian. Insiden seumpama itu tidak berlaku ketika PAS di bawah kepimpinan allahyarham Nik Aziz Nik Mat.
“Ketika Nik Aziz masih ada, PAS tidak menghina Kristian dan Injil.
“Selepas kematian Nik Aziz, PAS jadi lebih esktremis dan diabaikan, tetapi keadaan berbeza sekarang apabila mereka kini sebahagian daripada kerajaan persekutuan,” katanya yang juga setiausaha agung DAP.
Nik Aziz ialah bekas menteri besar Kelantan dan mursyidul am PAS dari 1991 hingga meninggal dunia pada 215.
Zawawi didakwa menghina Kristian apabila berkata Injil “terpesong”.
Beliau membuat kenyataan itu ketika membahaskan rang undang-undang Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan), bagi meningkatkan hukuman bagi kesalahan memandu dalam keadaan mabuk di bawah pengaruh alkohol.
Zawawi berkata tiada agama yang membenarkan penganutnya minum alkohol.
Oleh itu, katanya keputusan kerajaan mengetatkan undang-undang bagi menangani isu pemandu mabuk tidak sepatutnya menjadi isu sensitif bagi agama lain. – 1 September, 2020.
Berita penuh di sini.
Komen