AHLI politik veteran Umno Nazri Abdul Aziz malam ini berkata bahawa sangat memalukan apabila begitu ramai ahli politik melompat parti dan beliau mahu perubahan dilakukan pada sistem pilihan raya bagi membendung amalan berkenaan.
Ahli Parlimen Padang Rengas yang kini menjadi Pengerusi Kaukus Ahli Parlimen Reformasi Sistem Pilihan Raya menyarankan agar sebuah parti mempertahankan kerusi yang dimenanginya walaupun ahli Parlimennya lompat parti.
“Cadangan saya adalah tidak mengikut negeri. Kita mengekalkan 222 kawasan tetapi kali ini kita bertanding menggunakan logo. Sekiranya kita bertanding berdasarkan logo, misalnya di Seremban DAP dan BN. Sekiranya DAP memenangi kerusi itu, kita mempunyai tiga nama.
“Mungkin satu nama adalah Anthony dan dua yang lain adalah rakannya dari DAP. Ini bermakna jika Seremban menang, nama pertama dalam senarai DAP menjadi ahli Parlimen.
“Jika nama depan melompat parti, kerusi itu kekal dan nama nombor dua menjadi ahli Parlimen,” katanya dalam forum yang dianjurkan oleh kumpulan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 malam ini.
Beliau sudah membuat cadangan itu awal bulan ini di Parlimen.
Ahli Parlimen DAP Anthony Loke dan penganalisis politik Wong Chin Huat juga turut menjadi ahli panel bersama Nazri dalam forum berkenaan.
Nazri juga menyarankan agar mana-mana pihak yang memenangi undi popular diberi kerusi tambahan untuk menjadikannya lebih adil.
Loke bersetuju bahawa perubahan perlu dibuat untuk mengelakkan ahli politik menyalahgunakan sistem.
“Kita ingin memperbaiki dan sistem semasa tidak akan dimanipulasi,” katanya.
Bekas menteri pengangkutan Pakatan Harapan itu menambah kerusi itu dimenangi kerana logo yang dipertandingkan oleh individu dan bukan kerana individu itu sendiri.
“Saya rasa kunci utama di sini adalah kita menang bukan kerana kita hebat tetapi kita menang kerana logo parti kita,” katanya. – 26 Ogos, 2020.
Berita penuh di sini.
Komen