Allah yang tetapkan harga barang, kata menteri Umno


Radzi Razak

Ahli Majlis Tertinggi Umno Hamzah Zainuddin berkata pemimpin parti itu mengikut tuntutan Nabi Muhammad agar tidak campur hak pasaran bebas. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 Disember, 2017.

AHLI Majlis Tertinggi Umno Hamzah Zainuddin berkata pemimpin Umno mengikut tuntutan junjungan besar umat Islam, Nabi Muhammad agar tidak mencampuri hak pasaran bebas berhubung ketetapan harga barang.

Hamzah membangkitkan perkara tersebut untuk mempertahankan tindakan kerajaan dalam menangani kenaikan harga barangan keperluan pengguna yang akan menjadi antara isu utama dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau memetik sepotong hadis Riwayat Abu Dawud berhubung rayuan oleh pengikut baginda ketika itu agar Nabi menetapkan harga barangan di Madinah.

“Jawab Baginda, ‘Allah, Dialah yang menetapkan harga itu. Dialah Allah yang melapangkan, Dialah Allah yang menyempitkan, Dialah Allah yang memberi rezeki. 

“‘Sungguh aku berharap aku bertemu Allah SWT dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku dalam kezaliman terhadap darah mahupun kezaliman terhadap harta’,” katanya, memetik hadis disampaikan Anas bin Malik.

Dalam ucapan penggulungannya pada persidangan Perhimpunan Agung Umno ke-17 hari ini, Hamzah seterusnya menyimpulkan tindakan pemimpin kerajaan hari ini sudah selari dengan tuntutan baginda.

“Ini menunjukkan apa yang dilakukan oleh kita sekarang, apa yang dilakukan oleh pemimpin kita sekarang, adalah sesuatu yang menyamai apa yang dituntut oleh Rasulullah untuk tidak mencampuri hak pasaran bebas di negara kita,” katanya

Menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan hal ehwal pengguna itu menjelaskan, perdana menteri yang juga Presiden Umno Najib Razak menggunakan konsep keadilan Islam dengan memberikan subsidi terhadap barangan keperluan asas.

Katanya, langkah itu dijalankan agar kenaikan harga barang itu tidak membebankan rakyat dan kerajaan memperuntukkan RM2 bilion setahun untuk merealisasikan rancangan itu.

“Bagaimanapun atas sikap prihatin dan keadilan yang dituntut dalam Islam, presiden parti (yang juga) perdana menteri kita bersetuju agar barang-barang keperluan asas tidak akan dinaikkan harga. Barang-barang keperluan yang saya maksudkan ialah gula, tepung, minyak masak, beras dan gas memasak (LPG).

“Ini adalah kerana presiden parti merasakan (penting) untuk memberikan kesejahteraan kepada rakyat dan kedilan untuk seluruh rakyat di negara kita. Kita mampu untuk memberikan subsidi melalui barang-barang keperluan asas,” katanya. – 9 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Dah.... takleh lagi bodoh dah. Tolong pi check up lutut. Mungkin otak ade cikit masuk air

    Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Julian Chung · Ulasan

  • Satu pembohongan.. bila kerajaan mrngadakan gst mereka lupa utk menguruskan gst debgan se ourna dan ini diambil kesemuatan okrh

    Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Ujang Mohd · Ulasan

    • Satu pembohongan.. bila kerajaan mrngadakan gst mereka lupa utk menguruskan gst dengan sempurna dan ini diambil kesempatan oleh oeniaga dengan menambah gst diats harga barang yang tekah dicampur dengan sst..kerajaan tahu mereka tekah membyat kesikapan taoi mereka sudah hilang arah dan membiarkan ua di.manipulasi okeh oeniaga.

      Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Ujang Mohd · Ulasan

  • Alamak umno rekrut allah lg

    Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Leslie Chan · Ulasan

  • Kami orang awam, memang tau harga barang2 adalah ditetap olih peniaga2 yg ingin teruskan kehidupan niaga dan bagi lifeline kpd kakitangannya.

    Kau tak tau?

    Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Tanahair Ku · Ulasan

  • When the brain is empty blame Allah.

    Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Awang Top · Ulasan