Adun Padungan enggan berunding dengan DAP 


Desmond Davidson

Adun Padungan Wong King Wei (kanan) bertemu dengan penduduk di kawasannya pada program walkabout pagi tadi.– Gambar fail The Malaysian Insight, 30 Julai, 2020.

AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Padungan Wong King Wei, yang meletakkan jawatan daripada DAP Ahad lalu, menolak semua rundingan dengan parti itu.

Adun selama dua penggal itu berkata, beliau menolak tawaran Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen untuk mengadakan rundingan.

“Saya sudah buat keputusan. Saya cuma mahu teruskan dengan apa yang saya mahu,” kata Wong kepada pemberita pada program walkabout di kawasannya pagi tadi.

Wong mula bertanding di kawasan kerusi majoriti Cina itu pada pilihan raya negeri 2011.

Menurutnya beliau tidak akan mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya negeri akan datang yang perlu diadakan sebelum Jun tahun depan.

DAP sekali lagi mencalonkan peguam berusia 40 tahun itu untuk mempertahankan kerusi berkenaan sebelum beliau meletakkan jawatan.

Wong dalam kenyataan medianya berkata beliau sudah “letih dan muak” dengan politik DAP dan berkata parti itu sudah hilang arah tuju.

Bekas timbalan pengerusi DAP Sarawak itu berkata perjuangan parti itu sudah tersasar daripada matlamat dan objektif sebagaimana yang diperjuangkan ketika awal pembabitannya pada 2006.– 30 Julai, 2020.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen